| (c) | Cuti Separuh Gaji bagi tempoh sehingga 14 hari boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin jika tempoh tersebut jatuh dalam penggal sekolah. |
| (d) | Cuti Tanpa Gaji hanya boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin setelah guru mengambil Cuti Bergaji Penuh dan / atau Cuti Separuh Gaji mengikut kelayakannya. |
| (e) | Jumlah cuti bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin, seperti di 7(b), 7(c) dan 7(d) di atas, yang digunakan hendaklah tidak melebihi 60 hari dari tarikh guru bersalin. |
| (f) | Bagi guru yang berada di bawah Sistem Saraan Baru dan tidak menggunakan kemudahan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji yang diberi di perenggan 7(b), 7(c) dan 7(d) di atas, boleh menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak ( tanpa gaji ) sehingga 90 hari mulai dari tarikh guru bersalin. |
8. Pegawai yang menggunakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah mengemukakan satu perakuan bersalin dan permohonan cuti kepada Ketua Jabatannya seperti di Lampiran A dan bagi guru wanita seperti di Lampiran B.
9. Seseorang pegawai/guru wanita yang bersalin pada 1 Mei 1998 dan selepasnya layak mendapat kemudahan Cuti Bersalin selama 60 hari dari tarikh bersalin. Ini bermakna, pegawai/guru wanita yang bersalin sebelum 1 Mei 1998 masih tertakluk kepada tempoh Cuti Bersalin selama 42 hari.
10. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan semua kemudahan cuti di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini yang diambil oleh seseorang pegawai/guru wanita yang bersalin dalam Kenyataan Cuti, Buku Perkhidmatan Kerajaan (Am 274 - Pin 4/84).
11. Cuti Menjaga Anak ( tanpa gaji ), Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Separuh Gaji yang diambil oleh pegawai/guru wanita yang bersalin di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai /guru wanita untuk menggunakan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C dan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C .
12. Perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan, bagi seseorang pegawai yang diberi pelepasan dengan izin dari perkhidmatan Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam Persekutuan, hendaklah diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.
13. Perkhidmatan semasa tempoh kontrak bagi seseorang pegawai kontrak yang dilantik ke dalam perkhidmatan awam Persekutuan tidak boleh diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.
mukasurat 3