5.     Bagi pegawai/guru wanita yang berada di bawah Sistem Saraan Baru, Cuti Menjaga Anak ( tanpa gaji ) sehingga 90 hari boleh digunakan mulai hari ke 61 dari tarikh bersalin. Ini bermakna Cuti Menjaga Anak ( tanpa gaji ) tidak boleh diluluskan jika kemudahan ini diambil mulai hari ke 62 dari tarikh bersalin. Jika sebahagian daripada 90 hari cuti tersebut tidak digunakan, baki cuti tersebut yang tidak digunakan akan luput secara automatik. Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) diberi sebanyak lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatannya.

6.     Seseorang pegawai wanita kecuali guru wanita yang telah menggunakan kelayakan lima (5) kali kemudahan Cuti Bersalin dan bagi setiap kali bersalin seterusnya, hendaklah mengikut kaedah berikut -

a)

Cuti Sakit bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin tidak boleh digunakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.

b)

Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin boleh digunakan mulai dari tarikh bersalin.

c)

Cuti Tanpa Gaji hanya boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin setelah pegawai mengambil semua Cuti Rehat mengikut kelayakannya.

d)

Jumlah cuti bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin seperti di 6(b) dan 6(c) di atas yang digunakan hendaklah tidak melebihi 60 hari dari tarikh pegawai bersalin.

e)

Bagi pegawai yang berada di bawah Sistem Saraan Baru dan tidak menggunakan kemudahan Cuti Rehat dan Cuti Tanpa Gaji yang diberi di perenggan 6(b) dan 6(c) di atas, boleh menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehingga 90 hari mulai dari tarikh pegawai bersalin.

7.     Seseorang guru wanita yang telah menggunakan kelayakan lima (5) kali kemudahan Cuti Bersalin dan bagi setiap kali bersalin seterusnya, hendaklah mengikut kaedah berikut -

(a)

Cuti Sakit bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin tidak boleh digunakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh guru dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.

(b)

Cuti Bergaji Penuh boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin jika tempoh tersebut jatuh dalam cuti penggal sekolah.


mukasurat 2