
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 4 TAHUN 1995
SENARAI BARU UNIVERSITI / KOLEJ
DI AMERIKA SYARIKAT YANG NILAITARAF KELAYAKANNYA
DIIKTIRAF SETARAF DENGAN IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN
TUJUAN |
||
1. |
Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan mengantikan senarai universiti-universiti di Amerika Syarikat seperti yang terdapat di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1987 dengan senarai baru universiti / kolej yang kelayakannya diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian. |
|
DEFINISI |
||
2. |
Definisi bagi beberapa istilah yang digunakan di dalam Pekeliling ini adalah seperti berikut: |
|
(i) |
universiti-universiti di Amerika Syarikat yang bertaraf 'accredited' bermaksud semua Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh 'Commission On Recognition of Post Secondary Accreditation (CORPA)'. |
|
(ii) |
CGPA bermaksud 'Cumulative Grade Point Average' yang digunakan oleh Institusi Pengajian Tinggi di Amerika Syarikat di mana lazimnya mempunyai nilai maksima 4.0. |
|
SENARAI BARU UNIVERSITI-UNIVERSITI DAN KOLEJ-KOLEJ DI AMERIKA SYARIKAT |
||
3. |
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1987 telah menyenaraikan sebanyak 233 buah universiti di Amerika Syarikat di mana Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan Sains Am dengan pencapaian sekurang-kurangnya CGPA 2.75 diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti-universiti tempatan. |
|
4. |
Setelah kajian semula dibuat, Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan senarai 233 buah universiti mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1987 itu dengan senarai baru 234 buah universiti seperti di Lampiran A. Senarai baru ini memasukkan 16 buah universiti baru seperti di Lampiran B dan mengeluarkan 15 buah universiti daripada senarai lama seperti di Lampiran C. |
|
mukasurat 1