PENETAPAN GAJI MASUK

8.

Dengan keputusan ini juga, pemegang-pemegang kelayakan daripada mana-mana 16 buah universiti yang baru dimasukkan dalam senarai seperti di Lampiran B dan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 2.75, sekiranya telah dilantik ke dalam jawatan yang ditetapkan gaji masuk pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Am adalah layak diberi pelarasan gaji ke matagaji yang nilainya setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian jika sekiranya skim perkhidmatan berkenaan ada mempunyai penetapan gaji masuk di peringkat tersebut. Calon yang dilantik ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk minimum Ijazah Sarjana Muda Kepujian layak dibayar gaji permulaan dalam gred gaji jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk minimum Ijazah Sarjana Muda Kepujian.

 

PENYESUAIAN GAJI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

9.

Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam mana-mana skim perkhidmatan bagi jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Ijazah Sarjana Muda Am dan setaraf, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan pencapaian sekurang-kurangnya CGPA 2.75 dari mana-mana 16 buah universiti yang ditetapkan seperti di Lampiran B, dan menerima gaji lebih rendah daripada matagaji yang nilainya setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian universiti yang diiktiraf, serta dilantik sebelum 1 Januari 1995, hendaklah diselaraskan gaji mereka kepada matagaji yang bersesuaian mulai 1 Januari 1995. Sekiranya tarikh pergerakan gaji jatuh pada tarikh kuatkuasa iaitu 1 Januari 1995, tarikh pergerakan gajinya ditetapkan pada 31 Disember 1994 bagi maksud pemindahan gaji dan penetapan tarikh pergerakan gaji baru. Tarikh pergerakan gaji bagi anggota yang berpindah daripada 2 matagaji atau lebih kepada satu matagaji, tarikh pergerakan gaji berubah kepada tarikh baru seperti di Lampiran D1 dan D2.

10.

Pegawai-pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 1995, gaji masuk mereka hendaklah juga diselaraskan ke matagaji yang nilainya setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti yang diiktiraf. Tarikh pergerakan gaji mereka adalah ditetapkan seperti di Lampiran E.

11.

Pegawai-pegawai yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan bidang Sains Am dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.75 dan bergaji melebihi daripada gaji masuk yang nilainya setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti yang diiktiraf pada tarikh kuatkuasa iaitu 1 Januari 1995 adalah tidak tertakluk kepada keputusan ini.

12.

Keputusan panel penilaian prestasi mengenai cara pergerakan gaji anggota yang terlibat bagi tahun 1994 hendaklah dilaksanakan dahulu dan disesuaikan dengan tarikh pergerakan gaji baru.

 

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

13.

Sebelum pelarasan gaji ini dibuat, Ketua-ketua Agensi hendaklah mempastikan terlebih dahulu bahawa pemegang-pemegang kelayakan Ijazah Sarjana Muda


mukasurat 3