PRINSIP PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN DARI UNIVERSITI/KOLEJ DI AMERIKA SYARIKAT

5.

Semua prinsip pengiktirafan yang ditetapkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1987 seperti di bawah ini masih lagi terpakai:

(i)

Kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan Sains Am dari universiti-universiti di Amerika Syarikat yang bertaraf "accredited" diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Am/Lulus dari universiti-universiti tempatan;

(ii)

Kelayakan Ijazah Sarjana dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan Sains Am dari universiti-universiti di Amerika Syarikat yang bertaraf "accredited" diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana dari universiti-universiti tempatan dengan syarat memiliki Ijazah Pertama yang diiktiraf oleh Kerajaan;

(iii)

Pemegang-pemegang Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan sekiranya memohon perlantikan ke dalam Perkhidmatan Awam hanya layak memohon jawatan-jawatan yang mensyaratkan Ijazah Sarjana Muda Am sebagai kelayakan masuk;

(iv)

Bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mana skim perkhidmatannya mensyaratkan kelayakan masuk minima Ijazah Sarjana Muda Kepujian, pemegang-pemegang Ijazah Sarjana Muda bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan Sains Am yang diiktiraf oleh Kerajaan dari universiti-universiti di Amerika Syarikat boleh dipertimbangkan dengan syarat memiliki Ijazah Sarjana yang diiktiraf.

(v)

Kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan Sains Am dengan pencapaian sekurang-kurangnya CGPA 2.75 dari universiti-universiti yang disenaraikan diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti-universiti tempatan.

(vi)

Ijazah-ijazah dalam bidang pendidikan dari universiti-universiti di Amerika Syarikat tidak terlibat dengan pemberian nilai taraf ini.

 

TARIKH KUATKUASA

6.

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 1995.

7.

Bagi pemegang-pemegang kelayakan Ijazah dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dan Sains Am dari universiti-universiti yang terkeluar daripada senarai lama seperti di Lampiran C dan telah mendaftar diri di universiti atau kolej berkenaan sebelum tarikh Pekeliling ini dikeluarkan, masih mendapat faedah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1987.


mukasurat 2