
________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1995
________________
PEMBERIAN
HADIAH PERGERAKAN GAJI BAGI ANGGOTA
YANG MEMPEROLEHI KELAYAKAN AKADEMIK LEBIH
TINGGI KETIKA DALAM PERKHIDMATAN BAGI
SKIM-SKIM YANG MEMPERUNTUK KELAYAKAN MASUK
PELBAGAI (TIDAK TERMASUK SKIM-SKIM PERKHIDMATAN
DALAM KLASIFIKASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
DAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENYELIDIKAN)
TUJUAN
1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan dasar dan kaedah pemberian Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) kepada anggota yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi ketika dalam perkhidmatan bagi skim-skim perkhidmatan yang memperuntuk Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP). Skim-skim perkhidmatan tersebut adalah dalam Klasifikasi-klasifikasi Perkhidmatan selain dari Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan dan Klasifikasi Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan. Senarai skim-skim terlibat adalah seperti di Lampiran "A".
LATAR BELAKANG
2. Di bawah Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam (JKK-MGSA) 1991, prinsip pemberian matagaji permulaan bagi anggota yang memiliki kelayakan lebih tinggi dalam skim-skim perkhidmatan yang memperuntuk KMP adalah seperti berikut:
(i) |
bagi calon-calon yang memiliki kelayakan lebih tinggi pada tarikh lantikan, matagaji permulaan yang ditawarkan adalah mengikut nilai kelayakan yang diperolehi. Contohnya anggota dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N6 yang berkelayakan STPM di bayar gaji permulaan P1T1 (RM724), sementara gaji permulaan bagi calon berkelayakan Diploma Pentadbiran Awam ialah di peringkat P1T5 (RM900); |
mukasurat 1