wpe1f.jpg (2040 bytes)

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 1995

PEMBERIAN HADIAH PERGERAKAN GAJI BAGI ANGGOTA
DALAM SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENYELIDIK
GRED Q3 YANG MEMPERUNTUK KELAYAKAN
MASUK PELBAGAI

 

TUJUAN

1.    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan dasar dan kaedah pemberian Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) bagi anggota yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi ketika dalam perkhidmatan bagi skim perkhidmatan Pegawai Penyelidik Gred Q3 yang memperuntuk Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP).

LATAR BELAKANG

2.    Di bawah Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam (JKK-MGSA) 1991, prinsip pemberian matagaji permulaan bagi skim perkhidmatan Pegawai Penyelidik dan lain-lain skim perkhidmatan yang memperuntuk KMP adalah seperti berikut:

(i)

bagi calon-calon yang memiliki kelayakan lebih tinggi pada tarikh lantikan, matagaji permulaan ditawarkan adalah mengikut nilai kelayakan yang diperolehi. Contohnya, Pegawai Penyelidik yang memiliki Ijazah Sarjana Muda akan ditawarkan gaji permulaan P1T1 (RM1221) manakala calon yang berkelayakan Ijazah Sarjana akan ditawarkan matagaji permulaan P1T6 (RM1551);

(ii)

bagi calon-calon yang telah dilantik dan kemudiannya memperolehi kelayakan lebih tinggi ketika dalam perkhidmatan, mereka tidak layak diberi pelarasan ke matagaji permulaan yang lebih tinggi. Ini adalah kerana peruntukan di perenggan 2(i) hanya terpakai semasa perlantikan sahaja. Contohnya, Pegawai Penyelidik yang dilantik atas kelayakan Sarjana Muda dengan gaji permulaan P1T1 tidak layak diselaras ke matagaji P1T6 apabila memperolehi Ijazah Sarjana 2 tahun kemudiannya.


mukasurat 1