HAD KADAR SEWA RUMAH |
|||
7. Dengan pelaksanaan Pekeliling ini anggota PDRM yang tertakluk kepada Pekeliling ini dan sedang menikmati Had Kadar Sewa Rumah mengikut peraturan pertukaran wilayah di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987 adalah dibenarkan terus menikmati kemudahan tersebut sehingga berlakunya salah satu daripada keadaan berikut: |
|||
7.1 |
Anggota berkenaan memilih untuk menamatkan perjanjian sewa rumah; atau |
||
7.2 |
Bertukar rumah dalam stesen yang sama; atau |
||
7.3 |
Bertukar stesen yang memerlukan perpindahan ke rumah lain; atau |
||
7.4 |
Apabila anggota bertukar wilayah; atau |
||
7.5 |
Sehingga 30 September 1995. |
||
8. Stesen yang dimaksudkan di perenggan 7 di atas ialah satu kawasan Balai Polis yang ditentukan dari semasa ke semasa. |
|||
TARIKH KUATKUASA |
|||
9. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh 1 Oktober 1994. |
|||
PINDAAN DAN PEMBATALAN |
|||
10. Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, pindaan dibuat ke atas perenggan-perenggan di dalam pekeliling-pekeliling dan pembatalan surat-surat berikut: |
|||
10.1 |
Pindaan ke atas: |
||
(a) |
Perenggan 49, 50, dan 51, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1980; dan |
||
(b) |
Perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 1988. |
||
mukasurat 6