SYARAT-SYARAT KHAS

4.

Kaedah bayaran Imbuhan Tetap Perumahan di atas adalah seperti berikut:

4.1

Imbuhan Tetap Perumahan adalah dibayar kepada anggota PDRM yang tidak menduduki Rumah Kerajaan;

4.2

Anggota PDRM yang menduduki Rumah Kerajaan tidak dikenakan apa-apa bayaran sewa dan tidak layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan;

4.3

Bagi suami dan isteri yang kedua-duanya berkhidmat dalam Perkhidmatan PDRM dan menduduki Rumah Kerajaan, Imbuhan Tetap Perumahan tidak dibayar kepada anggota yang diperuntukkan rumah berkenaan;

4.4

Anggota yang mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa adalah layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan;

4.5

Anggota yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa boleh memilih untuk menerima Imbuhan Tetap Perumahan atau unsur bantuan sewa rumah yang diberi bersama biasiswanya;

4.6

Anggota yang mengikuti kursus dengan bercuti separuh gaji adalah layak mendapat separuh kadar Imbuhan Tetap Perumahan bagi tempoh jangkamasa kursus tersebut; dan

4.7

Anggota yang bercuti tanpa gaji adalah tidak layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan.

5.        Anggota yang menduduki Rumah Kerajaan selain daripada Rumah Khas Jawatan atau Rumah Khas Jabatan, yang telah diberi bantuan pinjaman perumahan Kerajaan untuk mendirikan rumah atau membelinya dalam lingkungan 33 kilometer daripada pejabatnya, boleh  dipertimbangkan untuk menduduki rumah yang didirikan atau dibeli dengan  pinjaman perumahan itu dan layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan.

6.        Kaedah pembayaran Imbuhan Tetap Perumahan ini adalah tertakluk kepada peraturan Ketua Polis Negara yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.


 mukasurat 5