
PEMBERIAN HADIAH PERGERAKAN GAJI BAGI ANGGOTA DALAM
SKIM-SKIM PERKHIDMATAN YANG MEMPERUNTUK KELAYAKAN
MASUK PELBAGAI DI BAWAH KLASIFIKASI
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
| TUJUAN |
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan dasar dan kaedah pemberian Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) bagi anggota yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi ketika dalam perkhidmatan iaitu bagi skim-skim perkhidmatan yang memperuntuk Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan. |
2. Skim-skim perkhidmatan terlibat ialah Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS), Skim Perkhidmatan Pensyarah Institut Teknologi MARA (ITM), Skim Perkhidmatan Pensyarah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti. Gaji permulaan kelayakan lebih tinggi yang berbeza itu adalah seperti di Lampiran A. |
| LATARBELAKANG |
3. Di bawah Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam (JKK-MGSA) 1991, prinsip pemberian matagaji permulaan bagi skim-skim perkhidmatan yang memperuntukkan atau yang membekalkan KMP adalah seperti berikut: |
(i) |
bagi calon yang memiliki kelayakan lebih tinggi pada tarikh perlantikan, matagaji permulaan yang ditawarkan adalah mengikut nilai kelayakan yang diperolehi. Contohnya, di bawah skim perkhidmatan Pensyarah Universiti DS2, DS1, calon yang memiliki Ijazah Sarjana akan ditawarkan matagaji permulaan P1T1 (RM1686) manakala Ijazah PhD ditawarkan matagaji permulaan P1T4 (RM1884); |
|
(ii) |
bagi calon-calon yang telah dilantik dan kemudiannya memperolehi kelayakan yang lebih tinggi ketika dalam perkhidmatan, mereka tidak layak diberi pelarasan ke matagaji permulaan yang lebih tinggi. Ini adalah kerana Peruntukan yang tersebut di perenggan 3 (i) hanya terpakai semasa perlantikan sahaja. Contohnya, Pensyarah Universiti yang dilantik atas kelayakan Sarjana dengan matagaji P1T1 tidak layak diselaras ke matagaji P1T4 sungguhpun memperolehi ijazah PhD selepas 2 tahun dilantik. |
mukasurat 1