LAMIPIRAN 'A'

KAEDAH PERKIRAAN ELAUN PEMANGKUAN

(i)

Elaun Pemangkuan ialah perbezaan di antara gaji permulaan (P1T1) dalam jadual matriks gred jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai. Sekiranya jumlah perbezaan itu sama atau Iebih daripada satu pergerakan secara mendatar di gred hakikinya, maka pegawai akan dibayar Elaun Pemangkuan sebanyak perbezaan tersebut.

Contoh:
Seorang Jurutera Gred J3 memangku Gred J2.

Gaji hakiki pegawai : RM 2809 (P1T9)
Gaji permulaan Gred J2 : RM 3039
Perbezaan       : RM 230 (lebih daripada satu pergerakan gaji secara mendatar di gred hakikinya)
Elaun Memangku : RM 230
(ii)

Jika perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan gaji secara mendatar di gred hakikinya, atau tiada perbezaan sama sekali, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji secara mendatar di atas tanggagaji jawatan yang dipangku:

Contoh 1
Seorang Pegawai Perubatan Gred U3 memangku Gred U2.

Gaji hakiki pegawai : RM 3031 (P1T22)
Gaji permulaan Gred U2 : RM 3041
Perbezaan : RM 10 (kurang daripada satu pergerakan gaji secara mendatar di gred hakikinya)
Elaun Memangku : RM 149 (P1T2 – P1T1 di Gred U2)

lampiran A-1