Elaun Penanggungan Kerja
8. Elaun Penanggungan Kerja ialah sebanyak 25% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja. Bagi jawatan yang menetapkan tanggagaji permulaan yang berbeza-beza selain daripada P1T1, maka gaji permulaan bagi tujuan perkiraan Elaun Penanggungan Kerja ialah gaji permulaan yang terendah dalam skim perkhidmatan berkenaan. Kaedah perkiraan Elaun Penanggungan Kerja seperti di Lampiran B.
PEMBATALAN
9. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini maka Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1977 adalah dibatalkan.
PEMAKAIAN
10. Pekeliling Perkhidmatan ini mulai berkuatkuasa pada 1. 1. 1992.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(TAN SRI DATO' MAHMUD BIN TAIB)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
28 Disember 1993
mukasurat 7