| (iii) | Seseorang pegawai yang pernah diluluskan menanggung kerja satu jawatan dan kemudiannya diluluskan menanggung kerja jawatan yang sama, boleh dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya dia telah menggenapkan tempoh selama tidak kurang daripada 14 hari berturut-turut termasuk hari kelepasan am kerana menjalankan tugas jawatan tersebut. |
| (iv) | Bagi penanggungan kerja jawatan yang lebih rendah daripada taraf jawatan yang disandang oleh pegawai, Elaun Penanggungan Kerja hanya layak dibayar sekiranya kedua-dua jawatan terlibat tidak mempunyai hubungan taraf tinggi rendah. Bagi maksud peraturan ini "hubungan taraf tinggi rendah" ialah apabila didapati dua jawatan dalam satu susunan kuasa yang berbeza tarafnya dan jawatan yang lebih rendah tarafnya itu bertanggungjawab kepada jawatan yang lebih tinggi. Oleh itu pegawai di taraf yang lebih tinggi tidak boleh menanggung kerja jawatan di bawah kawalannya. |
| (v) | Seseorang pegawai tidak dibenarkan menanggung kerja lebih daripada satu jawatan pada satu masa yang sama. |
| (vi) | Bagi penanggungan kerja jawatan yang diwujudkan secara Khas Untuk Penyandang (KUP), pembayaran Elaun Penanggungan Kerja hendaklah didasarkan sama ada pada gred hakiki jawatan KUP itu atau gred hakiki pegawai yang menyandang, mengikut mana yang lebih rendah. |
mukasurat 4