(b)

(c)

meninggalkan jawatan untuk menjalankan tugas rasmi lain atas arahan Kerajaan; atau
dibenarkan bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit
(iii)

Elaun Pemangkuan hendaklah dikira semula pada tiap-tiap kali tarikh pergerakan gaji tahunan ataupun pada bila-bila masa gaji pegawai berkenaan berubah.

(iv)

Pemangkuan yang kurang dari 6 bulan bagi sesuatu jawatan tidaklah dibenarkan, kecuali bagi jawatan-jawatan yang tidak boleh ditanggung kerja.

Penanggungan Kerja
4. Peraturan dan Prinsip Penanggungan Kerja adalah seperti berikut:
(i)

Penanggungan Kerja selama 28 hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan am dan juga cuti rehat atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 6 hari bekerja adalah layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja.

(ii)

Seseorang pegawai yang sedang menanggung kerja satu jawatan apabila mengambil cuti atau meninggalkan jawatan yang ditanggung kerjanya itu selama 14 hari atau lebih berturut-turut, termasuk hari kelepasan am, maka pembayaran Elaun Penanggungan Kerja hendaklah dihentikan bagi tempoh berkenaan.


mukasurat 3