| (ii) | "Penanggungan kerja" bermaksud aturan di mana seseorang pegawai diberi kelulusan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab suatu jawatan lain yang sama, lebih tinggi, atau lebih rendah tarafnya di samping menjalankan tugas-tugas jawatannya sendiri. |
||
| PEMANGKUAN DAN PENANGGUNGAN KERJA | |||
| Pemangkuan | |||
| 3. | Peraturan dan prinsip mengenai pemangkuan adalah seperti berikut: | ||
| (i) | Pemangkuan selama 28 hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan am dan juga cuti rehat atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 6 hari bekerja adalah layak dibayar Elaun Pemangkuan. |
||
| (ii) | Seseorang pegawai yang telah memangku sesuatu jawatan bagi tempoh yang disyaratkan di perenggan kecil (i) di atas dan kemudian meninggalkan jawatan yang dipangkunya selama 28 hari atau lebih berturut-turut, termasuk hari kelepasan am, maka pegawai berkenaan tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan bagi tempoh berkenaan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan berikut dan bagi tempoh yang tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk hari kelepasan am, pegawai masih layak dibayar Elaun Pemangkuan, iaitu: |
||
| (a) | menghadiri kursus yang diarah oleh Kerajaan; | ||
mukasurat 2