
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 7 TAHUN 1993
PERATURAN MENGENAI PEMANGKUAN
DAN PENANGGUNGAN KERJA
TUJUAN
1. Tujuan Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk menjelaskan peraturan mengenai Pemangkuan dan Penanggungan Kerja di bawah Sistem Saraan Baru.
TAFSIRAN
2. Tafsiran mengenai pemangkuan dan penanggungan kerja adalah seperti berikut:
| (i) | "Pemangkuan" bermaksud aturan di mana seseorang pegawai diberi kelulusan menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan suatu jawatan secara penuh masa yang lebih tinggi grednya dari gred hakikinya dalam skim perkhidmatan pegawai berkenaan. |
mukasurat 1