3.2

Pemberian award wang tunai gantian cuti rehat ini adalah dihitung berdasarkan 1/30 daripada gaji yang akhir diterima bagi setiap hari cuti rehat yang dikumpulkan, tertakluk kepada had maksima 90 hari cuti rehat.

3.3

Bagi maksud ini, takrif "gaji yang akhir diterima" adalah seperti berikut:

3.3.1

Bagi pegawai yang menerima Sistem Saraan Baru "gaji yang akhir diterima" meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut kumpulan perkhidmatan dan gred gaji hakiki pegawai berkenaan; dan

3.3.2

Bagi pegawai yang kekal di bawah Skim Gaji Jawatankuasa Kabinet "gaji yang akhir diterima" adalah meliputi gaji pokok hakiki, Elaun Khidmat Awam, bayaran Bantuan Sewa Rumah dan Elaun Keraian, mana yang berkenaan, mengikut tanggagaji hakiki pegawai berkenaan.

3.4

Award wang tunai gantian cuti rehat ini hanya boleh diberikan kepada pegawai-pegawai tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan pegawai-pegawai sementara dalam perkhidmatan awam Persekutuan. Walau bagaimanapun, award wang tunai gantian cuti rehat ini tidak akan dipanjangkan kepada pegawai kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.

4.

PERATURAN UNTUK MENGUMPUL CUTI BAGI AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT

4.1

Peraturan berikut hendaklah dituruti bagi pengumpulan baki-baki cuti rehat yang tidak digunakan oleh sebab kepentingan perkhidmatan untuk tujuan memperolehi award wang tunai gantian cuti rehat:

4.1.1

Cuti rehat yang tidak dapat diambil dalam tahun semasa boleh terus dibenarkan pengumpulannya untuk kelayakan award wang tunai gantian cuti rehat. Jumlah cuti rehat tahunan yang boleh dikumpulkan adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1991. Jumlah cuti rehat yang dibenarkan dikumpulkan bagi sesuatu tahun semasa untuk tujuan award wang tunai gantian cuti rehat adalah dihadkan kepada 15 hari atau setengah daripada cuti rehat yang layak diperolehi bagi tahun semasa tersebut, mengikut mana yang kurang, dengan syarat keseluruhan cuti rehat tahunan yang dikumpulkan bagi maksud award wang tunai gantian cuti rehat ini hendaklah tidak melebihi 90 hari. Ini bererti bahawa sekiranya seseorang pegawai berkelayakan mendapat cuti rehat tahunannya sejumlah 25 hari tetapi telah hanya dapat menghabiskan 5 hari daripada jumlah itu, pegawai tersebut bolehlah dibenarkan mengumpulkan cuti rehat tahunannya itu tidak melebihi 12 hari bagi maksud award wang tunai gantian cuti rehat dan bakinya sejumlah 8 hari lagi bolehlah dibawa ke tahun hadapan.

4.1.2

Pengumpulan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan mestilah mendapat pengesahan, dengan menggunakan borang seperti di Lampiran "A", daripada Ketua Jabatan masing-masing menyatakan bahawa segala usaha telah dibuat untuk mengambil kesemua cuti


mukasurat 2