top.gif (4398 bytes)


PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 3 TAHUN 1993


BANTUAN BAYARAN PAKAIAN BLACK TIE

 

TUJUAN

1.    Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan menetapkan kelayakan Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie bagi pegawai kerajaan yang dikehendaki hadir di majlis rasmi dan disyaratkan memakai pakaian Black Tie.

LATAR BELAKANG

2.    Adalah didapati bahawa pada masa ini sering terdapat majlis-majlis rasmi yang menetapkan pemakaian Black Tie. Pakaian Black Tie adalah merupakan pakaian separa rasmi barat yang dipakai untuk majlis makan malam. Pakaian ini tidak termasuk dalam pakaian rasmi yang melayakkan dibayar Bayaran Pakaian Istiadat berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1989. Kerajaan telah mengkaji keperluan pemakaian pakaian Black Tie dan bersetuju supaya pegawai yang disyaratkan memakainya berkelayakan diberi bantuan pembayaran. Komponen pakaian Black Tie adalah seperti di Lampiran A1. Contoh-contoh pakaian Black Tie adalah seperti di Lampiran "B".

KELAYAKAN BANTUAN BAYARAN PAKAIAN BLACK TIE

3.    Pegawai kerajaan yang dikehendaki hadir di majlis rasmi dan disyaratkan memakai Black Tie berkelayakan menuntut bantuan bayaran berdasarkan harga resit tertakluk kepada had maksimum RM500.00 untuk tempoh 3 tahun sekali. Tuntutan bayaran balik bantuan tersebut hendaklah disertakan dengan resit dan surat jemputan yang mensyaratkan pemakaian Black Tie.

4.    Pegawai wanita juga adalah layak menuntut Bantuan Bayaran Balik harga pakaian yang dibuat bagi tujuan menghadiri majlis yang menghendaki memakai Black Tie dengan syarat-syarat yang sama seperti disebutkan di perenggan 3 di atas. Pakaian pegawai wanita yang sesuai adalah seperti yang dinyatakan di Lampiran "A2".

TARIKH KUATKUASA

5.    Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1993.


mukasurat 1