3.2

Maklumat Jawatan

     Kementerian Luar Negeri dan kementerian atau jabatan yang ada hubungan langsung dengan sesebuah pertubuhan antarabangsa dikehendaki mendapatkan maklumat-maklumat terperinci mengenai jawatan yang sesuai disandang oleh pegawai-pegawai Malaysia, termasuk mengenalpasti jawatan yang bakal dikosongkan bagi maksud perancangan awal. Semua maklumat berkenaan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Pekhidmatan Awam.

3.3

Stok Calon

     Sebuah stok calon akan diwujudkan di Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan mereka yang berminat (termasuk pesara awam) untuk dipertimbangkan supaya dimasukkan ke dalam senarai stok calon boleh memohon menggunakan borang seperti di lampiran "A".

3.4

Panel Pemilihan

     Sebuah Panel Pemilihan yang dianggotai secara tetap oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, wakil Kementerian Kewangan, wakil Unit Perancang Ekonomi dan wakil Kementerian Luar Negeri seperti di lampiran "B" telah ditubuhkan. Di antara fungsi panel ini adalah seperti berikut:

(i)

Memilih pegawai-pegawai tertentu di dalam stok calon untuk dicalonkan ke jawatan pinjaman yang sesuai di mana-mana pertubuhan antarabangsa; dan

(ii)

Menawarkan kepada mana-mana pegawai selain daripada stok calon untuk dipinjamkan ke jawatan-jawatan yang sesuai di mana-mana pertubuhan antarabangsa.

3.5

Tanggungjawab

   Bagi mempastikan kejayaan usaha ini, tanggungjawab melobi diletakkan pada empat peringkat:

(i)

Kementerian Luar Negeri termasuk menteri dan ketua perwakilan Malaysia di luar negeri;

(ii)

Kementerian atau jabatan yang mempunyai hubungan secara langsung dengan agensi antarabangsa di mana jawatan berkenaan wujud;

(iii)

Pegawai Malaysia yang sedang berkhidmat di pertubuhan antarabangsa itu sendiri, jika ada; dan

(iv)

Pegawai-pegawai yang telah dikenalpasti atau dicalonkan mengisi jawatan berkenaan.

4.

PRINSIP UTAMA PENEMPATAN

        Prinsip-prinsip utama yang menjadi panduan program ini ialah:

4.1    Pertubuhan antarabangsa yang memberi manfaat kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara terutamanya di bidang-bidang ekonomi, perdagangan, teknologi dan penyelidikan. Senarai pertubuhan berkenaan adalah seperti di lampiran "C" dan "C1"


mukasurat 2