peraturan-peraturan yang akan disediakan buat permulaan oleh satu Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Pekerja di mana Majlis Bersama akan ditubuhkan di dalam Kementerian/Jabatan/Badan-badan Berkanun/Kuasa-kuasa Tempatan atau di dalam pejabat-pejabat cawangannya. Peraturan hendaklah diluluskan oleh Ketua Jabatan/ Pejabat Cawangan yang berkenaan.

4.    Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Kesatuan/Persatuan yang melantik wakil yang mengosongkan jawatan itu, atau pekerja-pekerja itu sendiri.

5.    Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh 1 atau 2 tahun mulai daripada tarikh perlantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih.


PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS

6.    Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja. Tiap-tiap pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripadanya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.


TUJUAN

7.   Tujuan Majlis adalah untuk memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara Kementerian/Jabatan/Badan-badan Berkanun/Kuasa-kuasa Tempatan dengan pegawai-pegawai yang bergaji di dalam Kementerian/Jabatan/Badan-badan Berkanun/ Kuasa-kuasa Tempatan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan; untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Kementerian/Jabatan/Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan.


BIDANG DAN FUNGSI

8.    Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis yang mana adalah seperti berikut:

(i)

membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan;

(ii)

membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;

(iii)

menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai Jabatan; dan

(iv)

mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.

 


mukasurat 15