LAMPIRAN "D"

 

PERLEMBAGAAN UNTUK MAJLIS BERSAMA JABATAN BAGI

.......................................................................................................................

 

KEAHLIAN

1.      Majlis Bersama Jabatan Bagi ........................................................(selepas ini disebut sebagai "Majlis") hendaklah mengandungi ........................................................ahli termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-setiausaha yang terdiri daripada ........................................................ahli yang dilantik oleh Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat Cawangan/pihak bertanggungjawab Badan-badan Berkanun atau cawangannya/Kuasa-kuasa Tempatan........................................................(selepas ini disebut sebagai "Pihak Pegawai") dan........................................................ahli yang dipilih oleh Kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Kakitangan yang mewakili pekerja-pekerja di .......................................................atau pekerja-pekerja itu sendiri (selepas ini disebut sebagai "Pihak Pekerja").

PIHAK PEGAWAI

2.     Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai di mana Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan di dalam Kementerian/Jabatan/Badan-badan Berkanun/Kuasa-kuasa Tempatan atau di dalam pejabat cawangannya seperti berikut:

(a)

Ketua Setiausaha Kementerian / Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Jabatan/Ketua Pejabat Cawangan atau Pengurus Besar / Timbalan Pengurus Besar atau Timbalan Pengerusi atau Ketua Pegawai Pentadbir

--- Pengerusi
(b)

Setiausaha Bahagian Perjawatan / Perkhidmatan atau Pegawai Kakitangan (Personnel Officer)

--- Ahli
(c)

Pegawai yang bertanggungjawab mengenai Kewangan

--- Ahli
(d)

Pegawai yang bertanggungjawab mengenai pentadbiran Jabatan / pejabat

--- Setiausaha

Mereka ini hendaklah dilantik atas nama jawatan masing-masing.


PIHAK PEKERJA

3.    Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja di mana Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan di dalam Kementerian/Jabatan/Badan-badan Berkanun/Kuasa-kuasa Tempatan atau di dalam pejabat-pejabat cawangannya di mana berkenaan dan dilantik oleh Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Kakitangan yang berdaftar yang mewakili pekerja-pekerja tersebut (atau pekerja-pekerja sendiri). Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut


mukasurat 14