| 8. Peraturan-peraturan yang dimaksudkan di dalam perkara 7 hendaklah, di antara lain, memperbekalkan: | ||
| (i) | tiap-tiap Kesatuan Sekerja dan Persatuan Kakitangan Kerajaan yang berdaftar dengan pihak Pendaftar yang berkenaan hendaklah dibenar menghantar seorang wakil ke konvensyen tersebut. (Persatuan Kakitangan yang dimaksudkan ialah Persatuan-persatuan yang ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak dapat atau tidak boleh menubuh kesatuan-kesatuan sekerja disebabkan larangan undang-undang atau kepentingan perkhidmatan); dan |
|
| (ii) | tiap-tiap Kesatuan Sekerja dan Persatuan Kakitangan Kerajaan hendaklah dibenar menghantar seorang wakil bagi tiap-tiap 500 orang ahli yang pertama dan seorang wakil tambahan bagi setiap 500 orang ahli di atas bakinya. Ahli-ahli berkenaan adalah yang telah membayar yuran mengikut Laporan Tahunan yang lalu yang disiarkan oleh pihak Pendaftar yang berkenaan. Wakil-wakil tambahan ini akan dibenar mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut hanya selepas menjelaskan pembayaran yang tertentu dan didaftar oleh pihak pengelola. |
|
9. Bagi maksud Pekeliling ini, pegawai-pegawai Kerajaan di dalam Kumpulan Sokongan yang tergolong di bawah klasifikasi berikut adalah dianggap sebagai pekerja-pekerja Am, iaitu: |
||
| (i) | Bakat dan Seni |
|
| (ii) | Pendidikan | |
| (iii) | Ekonomi | |
| (iv) | Pertanian | |
| (v) | Keselamatan dan Pertahanan Awam | |
| (vi) | Perundangan | |
| (vii) | Pentadbiran dan Sokongan | |
| (viii) | Sosial | |
| (ix) | Kewangan |
|
PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS |
||
10. Pengerusi Majlis ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Bagi mana-mana mesyuarat yang telah dipanggil tetapi tidak dapat dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, tugas Pengerusi adalah diambil alih oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja dan beliau juga merupakan Pengerusi kepada Pihak Pekerja. |
||
11.
Kedua-dua pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripada ahlinya untuk
memenuhi jawatan Setiausaha Bersama. |
||
MESYUARAT-MESYUARAT |
||
12. Mesyuarat Majlis boleh diadakan pada bila-bila masa dengan dipanggil oleh Pengerusi, sekurang-kurangnya, sekali setahun. |
||
mukasurat 12