LAMPIRAN "C"
PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI
PEKERJA-PEKERJA AM DALAM KUMPULAN SOKONGAN
NAMA |
||
1. Majlis adalah
dikenali sebagai Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Am Dalam
Kumpulan Sokongan. |
||
TUJUAN |
||
2. Tujuan
penubuhan Majlis adalah untuk mengadakan satu badan bagi mewujudkan hubungan melalui
perbincangan di antara pekerja-pekerja Am Dalam Kumpulan Sokongan dengan Kerajaan. |
||
BIDANG DAN FUNGSI |
||
3. Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasanya seperti berikut: |
||
| (a) | memberi pendapat dan membincangkan prinsip-prinsip saraan, elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja sektor awam. Perbincangan hendaklah menyentuh perkara-perkara am dan tidak perkara-perkara yang melibatkan pekerja individu; dan |
|
| (b) | membolehkan Pihak Pegawai mengemukakan sebarang cadangan perubahan
atau makluman mengenai perkembangan-perkembangan baru untuk mendapat ulasan dan pandangan
Pihak Pekerja sebelum dibawa untuk keputusan Kerajaan. |
|
KEAHLIAN |
||
4. Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Am adalah terdiri daripada 45 orang ahli yang mengandungi: |
||
(a) |
15 orang Pihak Pegawai; dan | |
| (b) | 30 orang Pihak Pekerja. | |
5. Ahli-ahli Pihak Pegawai terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang dilantik oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia atas jawatan masing-masing. |
||
6. Ahli-ahli Pihak Pekerja pula hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang menjadi ahli Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Kakitangan yang dipilih di Konvensyen dua tahun sekali oleh wakil-wakil Kesatuan dan Persatuan pekerja-pekerja Am dalam Kumpulan Sokongan. |
||
7. Konvensyen yang tersebut di dalam perkara 6 hendaklah dikelolakan oleh Pihak Pekerja berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang disediakan oleh Pihak Pekerja dan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam selepas berunding dengan Kementerian Sumber Manusia. |
||
mukasurat 11