14.     Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam agenda hanya boleh dimasuki dengan kebenaran Pengerusi dan persetujuan Naib Pengerusi.

15.     Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan oleh mana-mana pihak tertakluk kepada persetujuan Pengerusi dan tarikh mesyuarat tersebut diumumkan oleh Setiausaha Pihak Pegawai.

16.     Kuorom bagi mesyuarat Majlis hendaklah terdiri daripada 8 orang ahli Pihak Pegawai dan 15 orang ahli Pihak Pekerja.


JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

17.     Majlis boleh melantik Jawatankuasa-jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli atau pegawai awam lain yang mempunyai kelayakan atau pengalaman, atau kedua-duanya, untuk membantu Jawatankuasa menyempurnakan tugas yang diberikan kepadanya.

 


mukasurat 10