8. Peraturan-peraturan yang dimaksudkan di dalam perkara 7 hendaklah, di antara lain, memperbekalkan: |
||
| (i) | tiap-tiap Kesatuan Sekerja dan Persatuan Kakitangan Kerajaan yang berdaftar dengan pihak Pendaftar yang berkenaan hendaklah dibenar menghantar seorang wakil ke konvensyen tersebut. (Persatuan Kakitangan yang dimaksudkan ialah Persatuan-persatuan yang ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak dapat atau tidak boleh menubuh kesatuan-kesatuan sekerja disebabkan larangan undang-undang atau kepentingan perkhidmatan); dan |
|
| (ii) | tiap-tiap Kesatuan Sekerja dan
Persatuan Kakitangan Kerajaan hendaklah dibenar menghantar seorang wakil bagi tiap-tiap
500 orang ahli yang pertama dan seorang wakil tambahan bagi setiap 500 orang ahli di atas
bakinya. Ahli-ahli berkenaan adalah yang telah membayar yuran mengikut Laporan Tahunan
yang lalu yang disiarkan oleh pihak Pendaftar yang berkenaan. Wakil-wakil tambahan ini
akan dibenar mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut hanya selepas menjelaskan
pembayaran yang tertentu dan didaftar oleh pihak pengelola. |
|
PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS |
9. Pengerusi Majlis ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Bagi mana-mana mesyuarat yang telah dipanggil tetapi tidak dapat dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, tugas Pengerusi adalah diambi alih oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja dan beliau juga merupakan Pengerusi kepada Pihak Pekerja. |
10. Kedua-dua pihak dalam
Majlis hendaklah melantik seorang daripada ahlinya untuk memenuhi jawatan Setiausaha
Bersama. |
MESYUARAT- MESYUARAT |
11. Mesyuarat Majlis boleh diadakan pada bila-bila masa dengan dipanggil oleh Pengerusi, sekurang-kurangnya, sekali setahun. |
12. Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat. |
13. Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam agenda hanya boleh dimasuki dengan kebenaran Pengerusi dan persetujuan Naib Pengerusi. |
14. Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan oleh mana-mana pihak tertakluk kepada persetujuan Pengerusi dan tarikh mesyuarat tersebut diumumkan oleh Setiausaha Pihak Pegawai. |
15. Kuorom bagi mesyuarat Majlis hendaklah terdiri daripada 8 orang ahli Pihak Pegawai dan 10 orang ahli Pihak Pekerja. |
mukasurat 6