LAMPIRAN A

 

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI PEKERJA-
PEKERJA PENGURUSAN DAN PROFESIONAL


NAMA

1.     MajIis adalah dikenali sebagai Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional.

TUJUAN

2.     Tujuan penubuhan Majlis adalah untuk mengadakan satu badan bagi mewujudkan hubungan melalui perbincangan di antara   pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional dengan Kerajaan.

BIDANG DAN FUNGSI

3.    Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasanya seperti berikut:

(a)

memberi pendapat dan membincangkan prinsip-prinsip saraan, elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja sektor awam. Perbincangan hendaklah menyentuh perkara-perkara am dan tidak perkara-perkara yang melibatkan pekerja individu; dan

(b)

membolehkan Pihak Pegawai mengemukakan sebarang cadangan perubahan atau makluman mengenai perkembangan-perkembangan baru untuk mendapat ulasan dan pandangan Pihak Pekerja sebelum dibawa untuk keputusan Kerajaan.

KEAHLIAN

4.     Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional adalah terdiri daripada 35 orang ahli yang mengandungi:

(a)

15 orang Pihak Pegawai; dan
(b) 20 orang Pihak Pekerja.

5.     Ahli-ahli Pihak Pegawai terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang dilantik oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia atas jawatan masing-masing.

6.     Ahli-ahli Pihak Pekerja pula hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang menjadi ahli Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Kakitangan yang dipilih di Konvensyen dua tahun sekali oleh wakil-wakil Kesatuan dan Persatuan di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

7.     Konvensyen yang tersebut di dalam perkara 6 hendaklah dikelolakan oleh Pihak Pekerja berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang disediakan oleh Pihak Pekerja dan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam selepas berunding dengan Kementerian Sumber Manusia.


mukasurat 5