11. Bagi Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan yang belum lagi menubuhkan Majlis Bersama Jabatan, Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat yang berkenaan hendaklah menubuhkannya dengan segera.
12. Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat cawangan di sesuatu Kementerian/Jabatan/ Badan Berkanun/Kuasa Tempatan, di mana berkenaan, hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam apabila mereka telah menubuhkan Majlis Bersama Jabatan di Jabatan atau pejabat masing-masing dan mengirimkan bersama Perlembagaan Majlis serta nama-nama ahli Jawatankuasa melalui saluran rasmi.
13. Sekiranya timbul perbezaan pendapat atau pertentangan di antara Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat Cawangan dengan Pihak Pekerja ketika Majlis Bersama Jabatan membincangkan apa-apa perkara yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan, ataupun di mana Majlis Bersama Jabatan mengambil satu-satu keputusan yang melibatkan dasar-dasar Kerajaan, maka Ketua Jabatan yang berkenaan atau Ketua Pejabat Cawangan, melalui Ketua Jabatannya, hendaklah memaklumkannya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mendapatkan apa-apa keputusan ataupun arahan yang muktamad.
14. Contoh Perlembagaan Majlis Bersama Jabatan di Lampiran D hendaklah dipakai setelah diubahsuai untuk keperluan masing-masing. Perlembagaan Majlis hendaklah mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum dikuatkuasakan.
PEJABAT URUSETIA MBK
15. Pejabat Urusetia MBK yang diwujudkan bertujuan untuk memudahkan hubungan di antara Kerajaan dengan Pihak Pekerja dan amalan pinjaman/pertukaran sementara Pihak Pekerja di Pejabat Urusetia MBK adalah diteruskan tetapi dengan beberapa pengubahsuaian dari segi bilangan pegawai yang dipinjam/ditukar sementara dan juga peraturan-peraturan pinjaman/pertukaran sementara tersebut.
16. Bilangan pegawai yang dipinjam/ditukar sementara di Pejabat Urusetia MBK adalah 2 orang bagi MBK Pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional dan MBK Pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam Kumpulan Sokongan dan 3 orang bagi MBK Pekerja-pekerja Am dalam Kumpulan Sokongan.
17. Peraturan mengenai pinjaman/pertukaran sementara adalah berdasarkan kepada peraturan pinjaman/pertukaran sementara sektor awam. Pencalonan dibuat oleh Pihak Pekerja untuk kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah mendapat persetujuan Ketua Jabatan berkenaan. Tempoh pinjaman/pertukaran sementara adalah 2 tahun bagi setiap pinjaman/pertukaran sementara berkenaan. Perlanjutan tempoh pinjaman/pertukaran sementara boleh dipertimbang dan diluluskan dengan had maksimum 6 tahun sahaja.
18. Pemberian subsidi
sewa pejabat, bil air, elektrik, sewa telefon dan alat tulis seperti yang ada sekarang
adalah diganti dengan pemberian geran tahunan.
PEMANSUHAN
19. Pekeliling ini memansuhkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1979 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1989.
mukasurat 3