MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN

4.     Dengan penyusunan semula ini, lima MBK yang diwujudkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1979 adalah dibubarkan dan digantikan dengan tiga MBK yang baru, iaitu:

(i) MBK bagi pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional;
(ii)

MBK bagi pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam Kumpulan Sokongan ;
dan

(iii) MBK bagi pekerja-pekerja Am dalam Kumpulan Sokongan.

5.    Peraturan penubuhan Majlis-majlis tersebut adalah tertakluk kepada perlembagaan masing-masing seperti di Lampiran-lampiran A, B dan C, kepada Pekeliling ini.

6.    Keahlian Majlis-majlis ini mengandungi dua pihak, iaitu, Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja. Pihak Pegawai adalah dilantik oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia atas jawatan masing-masing. Ahli-ahli Pihak Pekerja pula adalah dipilih di konvensyen dua tahun sekali oleh wakil-wakil Kesatuan dan Persatuan yang bergabung dengan MBK berkenaan.

7.    Tempoh perkhidmatan ahli-ahli bagi ketiga-tiga Majlis adalah selama dua tahun bermula daripada tarikh satu-satu Majlis itu mengadakan mesyuaratnya yang pertama. Ahli-ahli tersebut boleh terus memegang jawatan sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih.

8.     Ketiga-tiga MBK mempunyai bidang kuasa yang sama, iaitu, untuk:

(a)

memberi pendapat dan membincangkan prinsip-prinsip saraan, elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja sektor awam. Perbincangan hendaklah menyentuh perkara-perkara am dan tidak perkara-perkara yang melibatkan pekerja individu; dan

(b)

membolehkan Pihak Pegawai mengemukakan sebarang cadangan perubahan atau makluman mengenai perkembangan-perkembangan baru untuk mendapat ulasan dan pandangan Pihak Pekerja sebelum dibawa untuk keputusan Kerajaan.


MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)

9.    Majlis Bersama Jabatan adalah dikekalkan di Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan dan di setiap pejabat cawangannya, di mana berkenaan, asalkan pejabat cawangan itu diketuai oleh seorang Ketua Pejabat yang bertanggungjawab di atas semua urusan pentadbiran, pengawasan kakitangan dan hal-hal kewangan. Pengecualian boleh diberi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, mengikut merit tiap-tiap kes, kepada mana-mana Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan yang memohon untuk menubuhkan sebuah Majlis Bersama Jabatan yang berbentuk lain daripada yang dihuraikan di atas. Permohonan untuk mendapatkan pengecualian itu boleh dibuat oleh Ketua Jabatan atau Pihak Pekerja kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

10.   Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan yang telah menubuhkan Majlis Bersama Jabatan lain daripada apa yang dihuraikan di atas dan telah pun mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam, boleh meneruskan perjalanan Majlis Bersama Jabatannya seperti yang diamalkan.


mukasurat 2