______________
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1992
______________
PENYUSUNAN SEMULA MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN
TUJUAN |
|
| 1. Pekeliling Perkhidmatan ini
bertujuan untuk menjelaskan: |
|
1.1 Penyusunan semula
Majlis Bersama Kebangsaan(MBK) bagi pekerja-pekerja dalam sektor awam; |
|
| 1.2 Struktur MBK yang telah diubahsuai serta
Perlembagaan Majlis-majlis berkenaan. |
|
LATAR BELAKANG |
|
2.
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam telah
mengkaji jentera perhubungan sektor awam yang terdapat pada masa ini sejajar dengan
perkembangan-perkembangan semasa, khususnya pelaksanaan Sistem Saraan Baru yang
berkuatkuasa pada 1 Januari 1992. |
|
3. Sistem Saraan Baru ini telah membawa beberapa perubahan besar dalam struktur perkhidmatan awam. Perubahan yang paling ketara ialah pembahagian peringkat kumpulan perkhidmatan kepada 3 kumpulan sahaja, iaitu, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan Kumpulan Sokongan. Selaras dengan perubahan di atas, struktur lima MBK yang wujud sebelum Sistem Saraan Baru perlu diubahsuai supaya dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan. |
|
mukasurat 1