| 6. | KEKANANAN DAN KENAIKAN PANGKAT |
6.1 Pegawai akan hilang kekananan selama tempoh ia bercuti tanpa gaji di bawah Pekeliling ini. Namun demikian ia tetap layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika ia telah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan jawatannya sebelum cuti tanpa gajinya bermula. Kenaikan pangkat itu hanya akan dikuatkuasakan sebelum atau selepas cuti tanpa gaji tersebut. |
|
| 7. | PERGERAKAN GAJI TAHUNAN |
7.1 Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji di bawah Pekeliling ini tidak layak mendapat sebarang pergerakan gaji. Walau bagaimanapun tarikh pergerakan gaji tahunan pegawai tidak berubah. |
|
| 8. | PEGAWAI DALAM PERCUBAAN |
8.1 Pegawai yang belum disahkan dalam jawatan semasa cuti tanpa gajinya berkuatkuasa, tempoh percubaannya akan dibekukan. Baki tempoh percubaan itu akan disambung semula apabila ia kembali bertugas. |
|
| 9. | IKATAN PERJANJIAN |
9.1 Jika pegawai masih ada ikatan untuk berkhidmat dengan Kerajaan, ikatan itu akan digantung selama tempoh cuti tanpa gajinya berkuatkuasa. la dikehendaki menyempurnakan ikatan itu setelah kembali dari bercuti. |
|
| 10. | KUASA MELULUSKAN PERMOHONAN |
10.1 Semua permohonan cuti tanpa gaji mengikut peruntukan Pekeliling ini boleh dipertimbang dan diputuskan oleh Ketua Jabatan pegawai. Semasa menimbangkan permohonan, setiap Ketua Jabatan perlu memberi keutamaan kepada kepentingan perkhidmatan dan organisasi mereka. Jika Ketua Jabatan bercadang meluluskan permohonan cuti pegawai, langkah yang sesuai perlu diambil supaya tugas jawatan pegawai tidak terjejas oleh ketiadaannya. Cuti yang telah diluluskan kepada pegawai boleh ditamatkan pada bila-bila masa jua pun jika perkhidmatan mereka diperlukan. |
|
| 11. | TARIKH KUATKUASA DAN PEMAKAIAN |
11.1 Pekeliling ini dikuatkuasakan mulai tarikh ianya dikeluarkan dan pemakaiannya dipanjangkan juga kepada semua Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Kuasa Tempatan. |
|
| 12. | PEMBATALAN |
12.1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1986 dibatalkan mulai tarikh kuatkuasa Pekeliling ini. Semua permohonan yang telah diluluskan sebelum tarikh Pekeliling ini dikuatkuasakan, akan terus tertakluk kepada syarat dan peraturan yang terdapat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1986. |
mukasurat 3