| 3. | KELAYAKAN PEMOHON |
||||
3.1 Semua pegawai tetap dalam perkhidmatan Kerajaan yang ingin mengikuti pasangan mereka berkhidmat atau berkursus di dalam atau di luar negeri layak dipertimbangkan cuti tanpa gaji dengan syarat pasangan mereka: |
|||||
| (i) | telah dilantik berkhidmat oleh pihak berkuasa melantik atau diluluskan bertukar/berkursus oleh Ketua Jabatannya; |
||||
| (ii) | jika tempat berkhidmat atau berkursus itu di dalam negeri, jaraknya dari tempat bertugas biasa atau tempat bertugas sebelum berlakunya pertukaran itu: |
||||
(a) |
hendaklah tidak kurang dari 200 km dan berada di negeri yang lain di Semenanjung Malaysia; atau | ||||
(b) |
tidak kurang dari 100 km jika tempat kursus/tempat bertugas itu di dalam negeri Sabah atau Sarawak; | ||||
| (iii) | terdiri daripada pegawai Kerajaan, perbadanan awam atau syarikat swasta. Jika pasangan mereka bukan pegawai mana-mana agensi yang tersebut itu, ia (pasangan pegawai) hendaklah telah dianugerahkan bantuan kewangan oleh Kerajaan untuk berkursus di dalam atau di luar negeri. Jika tempat kursus itu di dalam negeri, mereka perlu memenuhi syarat seperti di perenggan (ii) (a) atau (ii) (b) di atas. |
||||
| 4. | TEMPOH | ||||
4.1 Tempoh maksimum cuti tanpa gaji yang boleh diluluskan terhad kepada 3 tahun sahaja atau selama tempoh berkhidmat/kursus pasangan pegawai, mengikut mana yang lebih pendek. la boleh diambil secara terus-menerus selama 3 tahun atau secara berperingkat-peringkat (intermittent) sehingga mencapai had maksimum 3 tahun. Cuti tanpa gaji yang berikutnya hanya boleh dipohon 3 tahun selepas tarikh cuti tanpa gaji sebelumnya (yang cukup 3 tahun) tamat. Jika pasangan pegawai terdiri daripada pegawai Kerajaan dan mereka dikehendaki bertugas atau berkursus di luar negeri bagi tempoh melebihi 3 tahun, Ketua Jabatan boleh menimbangkan cuti tanpa gaji kepada pegawai yang melebihi tempoh maksimum yang ditetapkan itu. |
|||||
4.2 Pegawai dikehendaki melaporkan diri bertugas di jabatan/agensi masing-masing sebaik-baik sahaja cuti tanpa gaji yang diluluskan itu tamat. |
|||||
4.3 Jika cuti tanpa gaji yang diluluskan itu lebih dari setahun dan tugas jawatan yang dikosongkan oleh pegawai perlu dilaksanakan terus, Ketua Jabatan yang berkenaan hendaklah memohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam supaya diwujudkan jawatan tambahsentara selama tempoh yang diperlukan. |
|||||
5. |
FAEDAH PENCEN |
||||
5.1 Tempoh cuti tanpa gaji yang diluluskan mengikut peruntukan Pekeliling ini tidak akan diambil kira untuk faedah pencen. Walau bagaimanapun tempoh perkhidmatan sebelum dan selepas cuti berkenaan adalah dianggap bersambung dan bolehlah diagregatkan untuk tujuan pencen. |
|||||
mukasurat 2