
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 1992 |
|||||
CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUTI
PASANGAN MEREKA BERTUGAS ATAU BERKURSUS
DI DALAM ATAU DI LUAR NEGERI
| 1. | TUJUAN |
||
1.1 Tujuan Pekeliling ini ialah untuk mengumumkan keputusan Kerajaan memberikan kemudahan cuti tanpa gaji kepada pegawai yang mengikuti suami/isteri (selepas ini disebut 'pasangan') mereka yang berkhidmat atau berkursus, sama ada di dalam ataupun di luar negeri. |
|||
| 2. | TAKRIF | ||
2.1 Bagi maksud Pekeliling ini: |
|||
(i) |
"Berkhidmat" bermakna bertukar atau menyandang sesuatu jawatan bagi tempoh melebihi 6 bulan; |
||
| (ii) | "Berkursus" bermakna menjalani kursus atau latihan yang diluluskan oleh Ketua Jabatan kepada pasangan pegawai yang tempohnya melebihi 6 bulan; |
||
| (iii) | "Kerajaan" bermakna Kementerian/Jabatan (Persekutuan dan Negeri), Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Kuasa Tempatan; |
||
| (iv) | "Ketua Jabatan" termasuklah Ketua Perkhidmatan, Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Eksekutif Badan Berkanun, Ketua Kuasa Tempatan, Ketua Eksekutif Perbadanan Awam atau Ketua Eksekutif Syarikat Swasta tempat pegawai atau pasangan pegawai berkhidmat; |
||
| (v) | "Perbadanan Awam" bermakna perbadanan atau syarikat yang Kerajaan mempunyai kepentingan secara langsung atau Kerajaan memiliki sekurang-kurangnya 51% daripada ekuitinya; |
||
| (vi) | "Syarikat Swasta" bermakna syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh pihak swasta atau syarikat yang Kerajaan tidak mempunyai kepentingan secara langsung atau hakmilik ekuitinya kurang dari 51% serta didaftarkan di Malaysia. |
||
mukasurat 1