disahkan dalam perkhidmatan bila-bila masa selepas 1 tahun apabila telah:-

(i) memenuhi syarat di para 7 (b) (i) di atas; dan
(ii) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
PERGERAKAN GAJI
TAHUNAN

9.

Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi kecemerlangan perkhidmatan.

UJIAN KEDERASAN
BAGI MAKSUD
MENDAPAT DUA
ATAU EMPAT
HADIAH KENAIKAN
GAJI

10.

(a)

Pembantu Tadbir Rendah Gred N 11 yang dilantik berdasarkan para 1(c) (ii), 1(c) (iv) dan 2(a) (iii) yang telah disahkan dalam perkhidmatan adalah layak mengambil Ujian Kederasan bagi maksud hadiah kenaikan gaji mulai dari tarikh kenaikan gaji tahunan yang kehadapan berasaskan kederasan yang dicapai pada kali yang pertama;

2 KENAIKAN

(i)

kebolehan menaip dengan kederasan paling rendah 35 p.s.m. daripada naskah bertulis yang jelas dan 40 p.s.m. daripada naskah bercetak atau bertaip;

4 KENAIKAN

(ii)

kebolehan menaip dengan kederasan paling rendah 45 p.s.m. daripada naskah bertulis yang jelas dan 50 p.s.m. daripada naskah bercetak atau bertaip;

(b)

Pembantu Tadbir Rendah Gred N11 yang telah mengambil Ujian Kederasan dan hanya mencapai kederasan mengikut para (10)(a) (i) di atas adalah dibenarkan mengulangi ujian bagi mencapai kederasan yang ditetapkan di para (10)(a) (ii) pula. Mereka yang berjaya layak mendapat 2 hadiah kenaikan gaji lagi mulai dari tarikh kenaikan gaji tahunan yang kehadapan;

(c)

Ujian Kederasan ini hendaklah diadakan oleh Ketua Jabatan 2 kali setahun. Peraturan-peraturan bagi Ujian Kederasan menaip serta cara pemarkahannya akan ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam.

KURSUS KENAIKAN
PANGKAT

11.

Ketua Jabatan/Perkhidmatan boleh menetapkan kursus untuk tujuan kenaikan pangkat jika diperlukan.

KENAIKAN PANGKAT
KE GRED N10

12.

Pembantu Tadbir Rendah Gred N 11 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir Rendah Gred N10 yang ksoong apabila telah:-

(a)

disahkan dalam perkhidmatan;

(b)

lulus semua peperiksaan yang ditetapkan seperti di para 7(b)di atas;

(c)

mencapai tahap kecemerlangan perkhidmatan yang ditetapkan;

(d)

hadir dengan jayanya kursus kenaikan pangkat yang ditetapkan seperti di para 11 di atas jika berkenaan; dan

(e)

diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT
SECARA LANTIKAN
KE PERKHIDMATAN
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN /
OPERASI) ATAU
PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)

13.

Pembantu Tadbir Rendah yang telah menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Pembantu Tadbir Rendah yang dilantik berdasarkan para 1(c) (ii), 1(c) (iv) dan 2(a) (iii) yang telah menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak


mukasurat 453