JENTERA PENYELESAIAN TUNTUTAN ANOMALI

Tuntutan Anomali

106.     Dalam urusan pemindahan ke sistem saraan dan syarat-syarat perkhidmatan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini mungkin terdapat perkara-perkara yang dianggap sebagai anomali seperti ditakrifkan di bawah Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977. Untuk membolehkan anggota yang terkilan itu mengemukakan tuntutan-tuntutan anomali kepada Kerajaan, pindaan-pindaan tertentu akan dibuat kepada Akta tersebut.

Rujukan Anomali

107.     Apabila pindaan-pindaan ini dikuatkuasakan tuntutan-tuntutan boleh dikemukakan terus kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tanpa melalui Ketua Jabatan. Sekiranya tuntutan-tuntutan itu tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan, anggota yang berkenaan boleh merujuk tuntutan yang sama kepada Tribunal Perkhidmatan Awam untuk mendapat keputusan muktamad.

GARIS PANDUAN

108.     Garis Panduan mengenai pelaksanaan SSB akan diedarkan secara berasingan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN YANG PERLU DIUBAHSUAI ATAU DIMANSUHKAN

109.     Perbekalan dalam Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 1992. Tindakan akan diambil untuk meminda, mengubahsuai serta memansuhkan undang - undang dan peraturan - peraturan yang berkaitan bagi menyelaraskannya dengan peruntukan - peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini.

PEMAKAIAN

110.     Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

sig_mahmudtaib.jpg (8742 bytes)

(TAN SRI DATO' MAHMUD BIN TAIB),
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA.

23 Disember 1991

Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan

s.k.

Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Pengurusan Badan Berkanun
Semua Ketua Pengurusan Kuasa Tempatan


mukasurat 15