96. Opsyen hanya akan diberi kepada anggota bertaraf tetap yang sedang berkhidmat pada 1 Januari 1992. Anggota tetap adalah yang dilantik ke jawatan tetap termasuk yang dalam percubaan, tukar sementara dan pinjaman. Contoh surat tawaran opsyen dan borang pilihan sendiri SSB adalah seperti di Lampiran E1 dan Lampiran E2.
97. Opsyen tidak diberi kepada anggota yang bertaraf sementara, sangkut, sambilan, sandaran dan kontrak.
98. Opsyen hendaklah dibuat dalarn tempoh tiga bulan mulai 1 Januari 1992 hingga 31 Mac 1992. Anggota yang tidak membuat pilihan sendiri atau tidak menyerahkan borang pilihan sendiri kepada Ketua Jabatan sebelum atau pada 31 Mac 1992 disifatkan sebagai menolak tawaran SSB.
99. Pelaksanaan opsyen adalah seperti berikut:
99.1 |
bagi anggota yang telah menerima opsyen ini dengan terma-terma dan syarat-syarat dalam surat tawaran opsyen tetapi selepas daripada penerimaan tersebut meletak jawatan atau .ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dalam tempoh opsyen, maka tawaran ini adalah dengan sendirinya terbatal; |
99.2 |
bagi anggota yang sebelum 1 Januari 1992 atau pada bila-bila masa sehingga 31 Mac 1992 ditahan kerja atau digantung kerja atau surat pertuduhan dengan tujuan buang kerja telah dikeluarkan kepadanya oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, apa-apa faedah yang layak diberi akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika, dalam tempoh opsyen, Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja; dan |
99.3 |
bagi anggota yang sebelum 1 Januari 1992 atau pada bila-bila masa sehingga 31 Mac 1992 dikenakan perintah tahanan, kediaman terhad, buang negeri, depotasi atau apa-apa bentuk perintah sekatan atau pengawasan sama ada dengan bon atau sebaliknya di bawah mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa, apa-apa faedah yang layak diberi akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika, dalam tempoh opsyen Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja. |
Anggota Yang Cuti Berkursus Atau Bercuti Tanpa Gaji Dalam Tempoh Opsyen
100. Anggota yang cuti berkursus atau bercuti tanpa gaji dalam tempoh opsyen hendaklah ditawarkan opsyen oleh Ketua Jabatan terakhir di mana anggota bertugas.
Anggota Yang Bersara Dalam Tempoh Opsyen
101. Anggota yang bersara dalam tempoh opsyen tetapi tidak termasuk anggota yang dibersarakan atas alasan pekerjaan anggota itu ditamatkan demi kepentingan awam di bawah Seksyen 10 (5) (d) Akta Pencen 1980 (Akta 227) atau Seksyen 10 (5) (d) Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) hendaklah ditawarkan opsyen oleh Ketua Jabatan.
Anggota Yang Meninggal Dunia Dalam Tempoh Opsyen
102. Anggota yang belum membuat pilihan sendiri dan meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 1992 sehingga 31 Mac 1992 adalah disifatkan sebagai menerima gaji dan syarat-syarat perkhidmatan serta faedah-faedah persaraan baru mengikut Pekeliling ini.
103. Opsyen hendaklah dibuat tanpa syarat. Anggota tetap yang membuat opsyen dengan bantahan atau dengan syarat-syarat tambahan atau sebagainya akan disifatkan menolak tawaran itu.
104. Opsyen yang ditawarkan kepada anggota tetap adalah berdasarkan kepada butir-butir perkhidmatan dalam borang tawaran opsyen. Dalam keadaan di mana terdapat pemberian butir-butir yang salah yang menyebabkan tawaran yang salah diberikan, maka tawaran tersebut hendaklah dianggap batal serta tidak sah dan satu tawaran baru akan dikeluarkan.
105. Opsyen yang dibuat oleh anggota adalah muktamad.
mukasurat 14