(c) kemudahan cuti sakit lanjutan ini diberi dalam satu tahun kalendar; dan
(d)

kemudahan ini boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut jika anggota masih belum sembuh,   beliau boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan.

6. Cuti Haji

Kemudahan mengenai Cuti Haji dalam Perintah Am 34 dan 35 Bab 'C' dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1984 adalah dikekalkan dengan pindaan berikut:

(a)

Cuti Haji boleh diluluskan kepada anggota beragama Islam yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan; dan

(b)

Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada anggota berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan.

7. Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan

Kemudahan Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan dalam Perintah Am 38 Bab 'C' dikekalkan dengan pindaan, iaitu, tempoh cuti selepas berkursus dihadkan sehingga tujuh hari jika anggota masih mempunyai baki cuti rehat sebelum pergi berkursus. Bagi guru-guru, kemudahan ini juga diberi jika mereka masih mempunyai baki Cuti Sambilan sebelum pergi kursus.

8. Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan

Kemudahan Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan dalam Perintah Am 44 Bab 'C' dipinda dengan menggantikan masa peperiksaan kepada hari peperiksaan.

9. Cuti Menghadiri Latihan Atau Khemah Tahunan Pertubuhan/Persatuan

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod dalam Perintah Am 42 (a) Bab 'C' diperluaskan aktivitinya kepada menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat luar biasa, khemah latihan tahunan, seminar dan aktiviti-aktiviti sukan anjuran pertubuhan/persatuan berkaitan di Malaysia sahaja. Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada aktiviti-aktiviti serupa anjuran Persatuan Kebajikan dan Sukan di Jabatan-jabatan Kerajaan, yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

10. Cuti Tibi, Kusta Dan Barah

Kemudahan mengenai cuti sakit ini seperti dalam Perintah Am 31 (a) dan (b) Bab 'C' adalah dikekalkan dengan pindaan-pindaan berikut:

(a)

cuti sakit bergaji penuh yang tidak melebihi 24 bulan dibenarkan untuk pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi 12 bulan bagi pesakit tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain;

(b)

kemudahan (a) juga diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta dan barah, yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan;

(c) setelah menghabiskan cuti di (a) dan (b) anggota boleh mengambil cuti rehat yang ia masih berkelayakan;
(d) Cuti Separuh Gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah tamatnya cuti di (a) hingga (c); dan
(e)

setelah menghabiskan semua cuti di (a) hingga (d) tiada apa-apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu, setelah meneliti Laporan Lembaga Perubatan. Kuasa Tertentu boleh menimbang apa-apa cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau anggota itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.

 


mukasurat 1348