LAMPIRAN D7 |
||||
SYARAT, KELAYAKAN SERTA KADAR KEMUDAHAN |
||||
| 1. | Kadar Cuti Rehat | |||
Kadar Cuti Rehat yang diperuntukkan dalam Perintah Am 8 (a) Bab 'C' bagi anggota yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Dalam Negeri dan Perkhidmatan Luar Negeri, adalah diseragamkan seperti berikut: |
||||
GredlKategori |
Di Bawah 10 Tahun |
Genap 10 Tahun |
||
| Gred
Khas dan ke atas dan Kategori I-VI |
30 hari |
35 hari |
||
| Kategori VII-VIII | 25 hari |
30 hari |
||
| Kategori IX-XI | 20 hari |
25 hari |
||
| 2. | Membawa Ke Hadapan Cuti Yang Tidak Dapat Diambil | |||
Kemudahan Membawa Ke Hadapan Cuti Yang Tidak Dapat Diambil seperti diperuntukkan dalam Perintan Am 11 Bab 'C' adalah dipinda, iaitu, anggota dibenarkan mengumpul baki cuti rehatnya yang ia berkelayakan dalam tempoh dua tahun perkhidmatan, ke tahun ketiga. Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga itu. |
||||
| 3. | Cuti Separuh Gaji | |||
Kemudahan Cuti Separuh Gaji dalam Perintah Am 13 (a) Bab 'C' diberi atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat sahaja. Kemudahan bagi anggota atas sebab-sebab kesihatannya diliputi dalam peruntukan Cuti Sakit Lanjutan. |
||||
| 4. | Cuti Tanpa Gaji | |||
Kemudahan Cuti Tanpa Gaji dalam Perintah Am 14 Bab 'C' adalah dikekalkan dengan pindaan-pindaan berikut: |
||||
| (a) | Had maksimum Cuti Tanpa Gaji dalam Perintah Am 14 (a) dipinda ke 360 hari. | |||
| (b) | Syarat minimum layak memohon Cuti Tanpa Gaji Perintah Am 14 (b) dan (c) diselaraskan kepada 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan sahaja, |
|||
| (c) | Baki Cuti Tanpa Gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan yang melayakkan. |
|||
| 5. | Cuti Sakit Lanjutan | |||
| Kemudahan Cuti Sakit Lanjutan dalam Perintah Am 22 Bab 'C' dikekalkan dengan pindaan-pindaan berikut: | ||||
| (a) | selepas cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan juga cuti rehat yang berkelayakan ketika itu telah digunakan, anggota yang masih tidak sihat untuk bertugas semula boleh diberi Cuti Separuh Gaji sehingga 90 hari dengan perakuan Lembaga Perubatan. Sementara menunggu Laporan Lembaga Perubatan, sijil sakit boleh diterima bagi tujuan Cuti Separuh Gaji tersebut. Anggota hendaklah diberi Cuti Tanpa Gaji jika tidak mengemukakan sijil sakit bagi tempoh menunggu Laporan Lembaga Perubatan berkenaan; |
|||
| (b) | jika anggota masih tidak sihat dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai ada harapan untuk sembuh, anggota itu masih boleh diberi cuti sakit, iaitu, secara Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji; |
|||
mukasurat 1347