74.    Anggota yang dilantik mulai 1 Januari 1992 dikehendaki melalui tempoh perkhidmatan genap tiga tahun dan disahkan dalam perkhidmatan sebelum layak dipertimbangkan salah satu daripada empat cara pergerakan gaji.

75.    Anggota yang berada dalam tempoh percubaan atau yang dilanjutkan tempoh percubaan tanpa berdenda hanya layak dipertimbangkan untuk pergerakan gaji secara statik atau mendatar. Anggota yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda tidak layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan.

76.    Anggota yang berjaya disahkan dalam perkhidmatan selepas dilanjutkan tempoh percubaannya dengan berdenda, layak dipertimbangkan untuk mendapat pergerakan gaji tahunan seperti yang ditetapkan di bawah perenggan 83.

77.    Anggota yang bercuti separuh gaji atau bercuti tanpa gaji berjumlah tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar adalah layak dipertimbangkan salah satu daripada empat cara pergerakan gaji. Anggota yang bercuti separuh gaji atau bercuti tanpa gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar adalah tidak layak mendapat pergerakan gaji tahunan.

78.    Anggota yang cuti berkursus bergaji penuh melebihi enam bulan, layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan secara isyarat tertakluk kepada laporan kemajuan kursus.

79.    Anggota yang pertama kali dilantik secara sementara pada atau selepas 1 Januari 1992, akan diberi pergerakan gaji tahunan secara statik atau mendatar selama tempoh tiga tahun sahaja. Selepas tempoh tiga tahun, pergerakan gaji tahunan adalah statik dan kedudukan mereka akan dikaji semula.

80.    Anggota yang pertama kali dilantik atau dilantik semula secara kontrak pada atau selepas 1 Januari 1992 layak diberi pergerakan gaji tahunan secara statik atau mendatar berasaskan kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.

81.   Anggota yang dilantik secara pertukaran sementara atau pinjaman, layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan mengikut salah satu daripada empat cara pergerakan di atas tanggagaji jawatan pertukaran sementara atau pinjaman. Pergerakan gaji tahunan di atas tanggagaji jawatan hakikinya hendaklah diselaraskan secara isyarat. Sekiranya tanggagaji di atas pertukaran sementara atau pinjaman adalah tanggagaji selapis, pergerakan gaji tahunan secara isyarat di atas tanggagaji jawatan hakiki akan berdasarkan kepada laporan yang disediakan oleh pihak majikan di tempat anggota itu bertugas.

Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan

82.   Tarikh pergerakan gaji tahunan ditetapkan kepada empat tarikh pergerakan sahaja dalam setahun seperti dijelaskan di perenggan 36.

83.   Tarikh pergerakan gaji tahunan bagi anggota yang telah disahkan dalam perkhidmatan selepas tempoh percubaannya dilanjutkan dengan berdenda akan berubah kepada tarikh pergerakan gaji tahunan yang baru pada tahun berikutnya, selepas tarikh beliau disahkan dalam perkhidmatan, iaitu, seperti berikut:

83.1 jika tarikh anggota disahkan dalam perkhidmatan jatuh pada tarikh di antara 1 Januari hingga 31 Mac, maka tarikh pergerakan gaji yang baru ialah pada 1 Januari;
83.2

jika tarikh anggota disahkan dalam perkhidmatan jatuh pada tarikh di antara 1 April hingga 30 Jun, maka tarikh pergerakan gajinya yang baru ialah pada 1 April;

83.3

jika tarikh anggota disahkan dalam perkhidmatan jatuh pada tarikh di antara 1 Julai hingga 30 September, maka tarikh pergerakan gajinya yang baru ialah pada 1 Julai; dan

83.4

jika tarikh anggota disahkan dalam perkhidmatan jatuh pada tarikh di antara 1 Oktober hingga 31 Disember, maka tarikh pergerakan gajinya yang baru ialah pada 1 Oktober.

Kenaikan Pangkat Dan Sistem Penilaian Prestasi

84.    Kenaikan pangkat ialah peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan anggota yang berkenaan.


mukasurat 12