disandangnya. Penetapan gaji masuk yang berdasarkan kepada pengalaman yang sesuai hendaklah diselaraskan pada P1 dan Tangga yang bersesuaian dalam MSS bagi jawatan yang berkenaan. Bagi pengisian jawatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, pengalaman yang sesuai adalah dikira selepas anggota berkenaan mendapat kelulusan iktisas atau akademik; atau |
||
(iii) |
gaji permulaan bagi seseorang yang dilantik ke jawatan yang memerlukan bakat dan kemahiran seperti disyaratkan oleh skim perkhidmatannya akan ditetapkan oleh sebuah Panel Penilaian yang akan ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Melantik. Gaji masuk tersebut akan diselaraskan pada P1 dan Tangga yang bersesuaian dalam MSS bagi jawatan yang akan disandangnya. |
|
70.2 |
gaji permulaan bagi anggota yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan dilantik ke suatu jawatan baru atau ke dalam perkhidmatan yang lain: |
|
| (i) | anggota akan ditawarkan gaji permulaan, P1T1 dalam MSS jawatan baru yang berkaitan sekiranya gaji jawatan lamanya lebih rendah daripada gaji permulaan dalam tanggagaji jawatan baru; atau | |
| (ii) | anggota hendaklah ditawarkan matagaji yang lebih tinggi berhampiran dengan gaji hakiki dalam jawatan lamanya pada P1 dan Tangga yang bersesuaian dalam MSS bagi jawatan barunya sekiranya gaji jawatan lamanya adalah sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan dalam gred gaji jawatan barunya; | |
70.4 |
Pihak Berkuasa Melantik juga boleh meletakkan seseorang calon atau anggota yang mempunyai kelayakan-kelayakan khas pada mana-mana Tangga atas P1 dalam MSS bagi sesuatu jawatan yang berkenaan. | |
Prinsip Penetapan Gaji Bagi Kenaikan Pangkat
| 71. Gaji anggota yang dinaikkan pangkat hendaklah ditetapkan seperti berikut: | |
| 71.1 | anggota berkenaan akan ditawarkan gaji permulaan, P1T1 dalam MSS bagi Gred kenaikan pangkat sekiranya gaji akhirnya lebih rendah daripada gaji permulaan dalam Gred kenaikan pangkat; |
| 71.2 | anggota berkenaan akan ditawarkan gaji di matagaji yang lebih tinggi berhampiran dengan gaji akhirnya pada P1 dalam MSS bagi Gred kenaikan pangkat jika gaji akhirnya sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan dalam Gred kenaikan pangkat; atau |
| 71.3 | jika gaji akhirnya adalah lebih tinggi daripada tanggagaji maksimum pada P1 dalam MSS bagi Gred kenaikan pangkat, gajinya hendaklah diselaraskan pada P2. Jika gaji akhirnya adalah juga lebih tinggi daripada tanggagaji maksimum pada P2, gajinya hendaklah diselaraskan pada P3 dalam MSS bagi Gred kenaikan pangkat. Kaedah penetapan gaji hendaklah pada matagaji yang lebih tinggi berhampiran dengan gaji akhirnya. |
| 72. Pergerakan gaji tahunan akan diasaskan kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. Pergerakan gaji tahunan dalam MSS akan dipertimbangkan mengikut salah satu daripada empat cara pergerakan iaitu: | ||
| 72.1 | statik; | |
| 72.2 | mendatar; | |
| 72.3 | menegak; atau | |
| 72.4 | melintang. | |
| 73. Anggota yang sedang berkhidmat dan telah disahkan dalam perkhidmatan serta genap tiga tahun perkhidmatan layak dipertimbangkan salah satu daripada empat cara pergerakan gaji. Pelaksanaan empat pergerakan gaji hanya akan bermula pada atau selepas 1 Januari 1993. | ||
mukasurat 11