61.    Kelayakan serta kadar elaun dan pemberian kemudahan yang dipinda berasaskan kepada kaedah baru adalah seperti di Lampiran D6 dan D7.

Elaun dan Kemudahan Bagi Anggota Yang Berkhidmat Di Luar Negeri

62.    Pekeliling mengenai elaun dan kemudahan bagi anggota yang berkhidmat di luar negeri akan dikeluarkan secara berasingan.

SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN

63.    Pada keseluruhannya, syarat-syarat perkhidmatan yang sedia ada masih terpakai tertakluk kepada beberapa pengubahsuaian tertentu.

Perlantikan

64.    Had umur maksimurn tidak dijadikan syarat wajib bagi lantikan ke perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, calon yang dilantik pertama kali ke perkhidmatan awam hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

65.    Anggota yang dibersarakan atas sebab-sebab kesihatan boleh dilantik semula ke perkhidmatan awam jika disahkan sihat dan berkeupayaan untuk menjalankan tugas-tugas dengan sempurna oleh sebuah Panel Perubatan dan dipersetujui oleh Jemaah Pegawai. Perlantikan semula ini adalah berdasarkan peraturan-peraturan yang akan ditetapkan kemudian.

Tempoh Percubaan

66.    Anggota yang dilantik ke perkhidmatan awam perlu melalui tempoh percubaan selama tiga tahun. Anggota yang dilantik sebelum 1 Januari 1992 yang belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut, dikehendaki memenuhi tempoh percubaan selama tiga tahun yang dikira daripada tarikh perlantikannya.

67.    Bagi semua lantikan baru pada atau selepas 1 Januari 1992, anggota dikehendaki mengikuti Kursus Induksi sebagai syarat pengesahan dalam perkhidmatan. Kursus Induksi akan juga mengambil alih Peperiksaan Am Kerajaan sebagai syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi semua lantikan Kumpulan A dan B sebelum 1 Januari 1992. Walau bagaimanapun, anggota akan diberi pilihan sama ada mengambil Peperiksaan Am Kerajaan atau mengikuti Kursus Induksi dalam baki tempoh percubaannya. Peperiksaan Am Kerajaan akan hanya diadakan sehingga akhir tahun 1994.

68.    Di bawah SSB, Peperiksaan Perkhidmatan Kedua untuk tujuan melangkah sekatan kecekapan yang disyaratkan di dalarn skim-skim perkhidmatan Kumpulan C dan D dimansuhkan.

Pemberian Taraf Berpencen

69.    Anggota yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatan yang boleh dimasukkira, layak diperakukan oleh Ketua Jabatannya untuk diberi taraf berpencen.

Prinsip Penetapan Gaji Masuk

70.    Penetapan gaji masuk hendaklah mengikut prinsip berikut:

70.1

bagi lantikan pertama kali ke perkhidmatan awam atau bagi anggota yang belum disahkan dalam perkhidmatannya serta dilantik pula ke suatu jawatan baru atau ke dalam perkhidmatan yang lain:

(i)

gaji permulaan anggota akan ditetapkan pada P1T1 dalam MSS bagi jawatan yang akan disandangnya;

(ii)

Pihak Berkuasa Melantik boleh menimbang pemberian gaji yang lebih tinggi mengikut perkiraan satu pergerakan matagaji bagi satu tahun genap pengalaman bagi anggota yang mempunyai pengalaman yang sesuai dengan jawatan yang akan


mukasurat 10