57. Bersesuaian dengan prinsip dan kriteria pemberian kemudahan dalam SSB, beberapa kemudahan yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam sekarang dikekalkan mengikut syarat dan kadar Laporan JKK 1976, melainkan sekiranya dipinda. Kemudahan-kemudahan yang dikekalkan adalah seperti di Lampiran D4.
58. Di bawah SSB, beberapa kemudahan baru diperkenalkan seperti berikut:
| 58.1 | Cuti Menjaga Anak bertujuan memberi peluang kepada ibu untuk menyusu dan menjaga bayinya. Dengan kemudahan ini, anggota wanita boleh dipertimbangkan cuti tanpa gaji sehingga 90 hari sebaik sahaja habis tempoh 42 hari cuti bersalin. Jika anggota tidak menggunakan kesemua 90 hari cuti tersebut, baki cuti tanpa gaji yang tidak digunakan akan luput. Kemudahan ini dihadkan kepada lima kali sepanjang tempoh perkhidmatan; |
|
| 58.2 | Cuti Isteri Bersalin diberi kepada anggota lelaki selama tiga hari sebagai cuti tanpa rekod untuk membantu urusan semasa isteri bersalin, sekiranya anggota itu kehabisan cuti rehat yang anggota berkelayakan pada masa itu. Kemudahan ini juga diberi kepada pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan. Kemudahan ini dihadkan kepada lima kali sepanjang perkhidmatan; |
|
| 58.3 | Kemudahan Pinjaman Membeli Komputer diberi kepada anggota untuk memiliki komputer peribadi supaya dapat meningkat keupayaan menjalankan tugas selaras dengan perkembangan pesat dalam teknologi pengurusan. Pekeliling yang berasingan mengenai perkara ini akan dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia; |
|
| 58.4 | Keahlian dalam Kelab Rekreasi bertujuan untuk menggalakkan anggota Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional menganggotai salah satu kelab yang disenaraikan. Peruntukan ini bertujuan meningkatkan interaksi mereka dengan pihak-pihak lain seperti eksekutif-eksekutif sektor swasta. Pekeliling yang berasingan mengenai perkara ini akan dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia; |
|
| 58.5 | Kemudahan Mengurus Jenazah bagi anggota yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan diberi sebagai tanda penghormatan terakhir dan untuk menghargai bakti mereka kepada negara. Kemudahan ini diberi seperti berikut: |
|
| (i) | jumlah sebanyak $1,000 diberi kepada keluarga anggota bagi tujuan menguruskan jenazah; |
|
| (ii) | kemudahan yang diperuntukkan untuk tambang pengangkutan jenazah seperti dalam perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1978, dipanjangkan juga kepada semua anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. Kaedah pengangkutan jenazah yang sesuai dan berpatutan hendaklah digunakan; dan |
|
| (iii) | kemudahan ini tidak meliputi ahli keluarga yang meninggal dunia dan juga tambang untuk pengiring; |
|
| 58.6 | Rawatan untuk keluarga anggota dipanjangkan kepada ibu bapa yang sah (legal parents). Kemudahan ini dihadkan kepada rawatan di hospital Kerajaan sahaja dan tidak termasuk pembekalan alat-alat ortopedik serta anggota palsu (artificial limbs). Kemudahan ini hanya diberi semasa anggota di dalam perkhidmatan sahaja. |
|
59. Pengumpulan Cuti Rehat Luar Biasa (Perintah Am 12 Bab 'C') dan Cuti Pemulihan (Perintah Am 23 Bab 'C') digugurkan.
Kaedah Baru Pembayaran Elaun dan Pemberian Kemudahan
60. Beberapa kaedah pembayaran elaun dan pemberian kemudahan mengikut Laporan JKK 1976 perlu diubahsuai kepada Klasifikasi Perkhidmatan, Gred Perkhidmatan dan Tanggagaji dalam MSS. Di mana berkaitan, penetapan kadar serta kelayakan bagi elaun dan kemudahan yang diberi berasaskan kaedah di atas adalah berpandukan kepada Kategori anggota mengikut Jadual Pemberian Elaun dan Kemudahan seperti di Lampiran D5.
mukasurat 9