Elaun Yang Dikekalkan

51.    Bersesuaian dengan prinsip dan kriteria pemberian elaun di perenggan 48 dan 49, beberapa elaun yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam dikekalkan mengikut kadar dan syarat Laporan JKK 1976, melainkan sekiranya dipinda. Ini termasuk elaun-elaun bagi Jawatan Utama dan Gred Khas. Elaun-elaun yang dikekalkan adalah seperti di Lampiran D1.

Elaun Baru

52.    Di bawah SSB, beberapa elaun baru diperkenalkan seperti berikut:

52.1.

Bayaran Balik Letak Kereta diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang disahkan oleh Ketua Jabatan perlu menggunakan kenderaan bagi menjalankan tugas rasmi dan menyewa ruang letak kereta di pejabat. Jumlah tuntutan Bayaran Balik Letak Kereta dihadkan kepada $30.00 sebulan berdasarkan resit.

52.2.

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal diberi kepada anggota dalam Perkhidmatan Kritikal kecuali anggota dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Kadar bayaran bulanan adalah seperti berikut:

Kumpulan

Kadar
Daripada
Gaji Pokok

   (i) Kumpulan Pengurusan dan Profesional

5%

   (ii) Kumpulan Sokongan 10%
Anggota yang layak menerima bayaran ini adalah seperti di Lampiran B5.

52.3.

Imbuhan Tetap Jawatan Utama dan Gred Khas diberi kepada anggota dalam Jawatan Utama dan Gred Khas mengikut kadar-kadar bulanan seperti di Lampiran D2.

Elaun Yang Digugurkan

53.    Beberapa elaun digugurkan kerana tidak menepati prinsip dan kriteria pemberian elaun seperti ditetapkan. Sebahagian daripada elaun-elaun itu didapati tidak sesuai diteruskan lagi kerana anggota yang menjalankan tugas-tugas tersebut boleh dilengkapi dengan alat-alat keselamatan yang sesuai. Sebahagian daripada perbelanjaan itu juga didapati sesuai ditanggung oleh Jabatan. Elaun-elaun yang digugurkan mulai tarikh kuatkuasa Pekeliling ini adalah seperti di Lampiran D3.

54.    Elaun Khas Berpencen Jurubahasa/Penterjemah diberi secara Khas Untuk Penyandang kepada anggota yang sedang menerima elaun tersebut atas syarat dan kadar mengikut Laporan JKK 1976.

55.     Elaun-elaun berikut tidak lagi dibayar kepada anggota tetapi, jika perlu, perbelanjaan bagi maksud elaun tersebut hendaklah ditanggung oleh Jabatan mulai 1 Januari 1992. Elaun-elaun yang terlibat adalah seperti berikut:

55.1

Elaun Makanan (Meal Allowance);

55.2

Elaun Keraian bagi anggota yang terkebawah daripada Tingkatan Tertinggi 'G' ;

55.3

Elaun Keraian Bahagian Siasatan, Badan Pencegah Rasuah bagi anggota yang terkebawah daripada Tingkatan Tertinggi 'G' ; dan

55.4 Elaun Catuan Bekalan Makanan Kakitangan Hospital Bertugas Malam.

Prinsip Dan Kriteria Pemberian Kemudahan

56.    Pemberian kemudahan ditetapkan sebagai satu keistimewaan yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa, jika didapati perlu. la juga hendaklah diberi dengan saksama kepada anggota yang layak. Kemudahan-kemudahan dipertimbang berasaskan kepada kriteria-kriteria kebajikan serta peningkatan kepada perkhidmatan dan status anggota perkhidmatan awam.


mukasurat 8