| Tanggagaji Khas Untuk Penyandang |
43. Sekiranya pemindahan gaji anggota yang berada di atas tanggagaji khas untuk penyandang tidak dapat ditampung di P1 gaji MSS, perkara ini hendaklah dirujuk kepada JPA. |
Anggota
Yang Kekal Dalam Skim Dan Syarat-syarat Perkhidmatan Laporan |
| 44. Anggota yang menolak tawaran opsyen SSB akan dibenarkan berkhidmat atas skim perkhidmatan dan syarat-syarat perkhidmatan JKK 1976. Anggota tersebut boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan berkenaan dengan syarat apabila dinaikkan pangkat, anggota itu hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan SSB mulai tarikh kenaikan pangkatnya. |
| Pemindahan Gaji Bagi Guru Sandaran |
45. Faedah pemindahan gaji adalah juga diberi kepada Guru Sandaran berdasarkan MSS yang berkaitan. Sifir pemindahan gaji adalah seperti di Lampiran C1. |
| Pelarasan Gaji Bagi Anggota Yang Dilantik Secara Sementara atau Kontrak |
| 46. Anggota yang dilantik secara sementara atau kontrak layak diberi faedah pelarasan gaji mengikut Klasifikasi Perkhidmatannya di bawah SSB mulai 1 Januari 1992. |
| Penetapan Kadar Bayaran Anggota Yang Diambil Secara Sambilan Dan Sangkut |
47. Kaedah penetapan kadar bayaran bagi pengambilan pekerja sambilan dan sangkut akan ditetapkan secara pentadbiran. |
| Prinsip Dan Kriteria Pemberian Elaun |
48. Pemberian elaun dan kemudahan di bawah SSB bertujuan mendorong anggota berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Selaras dengan matlamat ini, empat prinsip pemberian elaun ditetapkan, iaitu, tidak sejagat (non-universal), tidak kekal (non-permanent), tidak biasa (non-regular) dan kesaksamaan. Prinsip tidak sejagat membolehkan pemberian elaun kepada kumpulan atau perkhidmatan yang ditetapkan. Prinsip tidak biasa pula, menetapkan elaun diberi hanya dalam keadaan-keadaan tertentu. Prinsip tidak kekal menentukan elaun dibayar secara sementara, manakala prinsip kesaksamaan membolehkan elaun diberi kepada anggota perkhidmatan yang layak, secara lebih adil. |
| 49. Pemberian elaun di bawah SSB adalah berasaskan kriteria-kriteria berikut: |
| 49.1 | kepakaran; |
| 49.2 | kemahiran; |
| 49.3 | kepentingan sesuatu perkhidmatan; |
| 49.4 | bayaran balik perbelanjaan; |
| 49.5 | tanggungjawab tambahan; |
| 49.6 | kos sara hidup; |
| 49.7 | risiko kerja; |
| 49.8 | kesusahan; |
| 49.9 | galakan; dan |
| 49.10 | keanehan tugas atau perkhidmatan. |
50. Berasaskan kepada kriteria pemberian elaun di perenggan 49, elaun-elaun dalam SSB dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
| 50.1 | Imbuhan Tetap; |
| 50.2 | Bayaran Insentif; dan |
| 50.3 | Elaun-elaun Bayaran Balik Perbelanjaan dan Tanggungjawab Tambahan. |
mukasurat 7