37.   Penetapan tarikh pergerakan gaji baru bagi anggota yang berpindah daripada satu matagaji JKK 1976 kepada satu matagaji baru di MSS adalah seperti berikut:

Tarikh Kenaikan Gaji
JKK 1976

Tarikh Pergerakan Gaji
SSB

1 Jan.,1 Feb. dan 1 Mac 1991 1 Januari 1993 *
1 April, 1 Mei dan 1 Jun 1991 1 April 1992
1 Julai, 1 Ogos dan 1 Sept. 1991 1 Julai 1992
1 Okt., 1 Nov. dan 1 Dis. 1991 1 Oktober 1992
*  Diberi kenaikan gaji tahunan dalam tempoh opsyen

38.   Penetapan tarikh pergerakan gaji anggota yang dilantik atau ditukar lantik atau melangkah titik peningkatan atau naik pangkat pada tahun 1991 adalah seperti berikut:

Tarikh Lantik Atau Tukar Lantik Atau Melangkah
Titik Peningkatan Atau Naik Pangkat

Tarikh Pergerakan Gaji
SSB

1 Januari hingga 1 Mac 1991 1 Januari 1993 *
2 Mac hingga 1 Jun 1991 1 April 1992
2 Jun hingga 1 September 1991 1 Julai 1992
2 September hingga 1 Disember 1991 1 Oktober 1992
2 Disember hingga 31 Disember 1991 1 Januari 1993
*  Diberi kenaikan gaji tahunan dalarn tempoh opsyen

39.   Dalam keadaan di mana tarikh kenaikan gaji anggota jatuh pada tarikh kuatkuasa SSB, tarikh kenaikan gajinya ditetapkan sehari sebelum tarikh kuatkuasa bagi maksud pemindahan gaji.

40.   Sekiranya tarikh kenaikan gaji anggota jatuh dalam tempoh opsyen, kenaikan gaji pada tarikh tersebut hendaklah diberi sebelum ditentukan tarikh pergerakan gaji dalam MSS.

41.   Dalam keadaan di mana dua atau lebih matagaji atas susunan tanggagaji JKK 1976 berpindah kepada satu matagaji dalam MSS, tarikh pergerakan gaji berubah kepada tarikh baru seperti di Lampiran C4.

42.   Penetapan tarikh pergerakan gaji anggota yang berada di matagaji maksimum selama dua tahun atau lebih dan yang kurang daripada dua tahun pada 1 Januari 1992 adalah seperti berikut:

Tempoh Masa Di Matagaji
Maksimum

Tarikh Pergerakan Gaji
SSB

Dua tahun dan ke atas 1 April 1992
Satu tahun ke atas dan kurang daripada
dua
tahun
1 Julai 1992
Enam bulan dan ke atas dan kurang
daripada satu tahun
1 Oktober 1992
Kurang daripada enam bulan 1 Januari 1993

 


mukasurat 6