Contoh MSS bagi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan, Gred N9 adalah seperti di bawah:

Gred N9

TI

T2

T3

T4

. . .

T20

T21

T22

T23

P1

470

497

524

551

. . .

1024

1068

1112

1156

P2

498

526

554

582

. . .

1090

1136

1182

1228

P3

527

556

585

614

. . .

1159

1207

1255

1303

Prinsip Pemindahan Gaji

32.    Prinsip pemindahan gaji daripada gaji pokok hakiki JKK 1976 kepada SSB hendaklah berdasarkan pemindahan kepada matagaji yang sama atau matagaji yang lebih tinggi berhampiran.

Kaedah Pemindahan Gaji

33.    Pemindahan kepada gaji SSB hendaklah mengambilkira gaji pokok hakiki JKK 1976 dan dicampurkan kadar kenaikan yang ditetapkan, iaitu, sama ada 8%, 9% atau 10% mengikut Klasifikasi Perkhidmatan yang berkenaan untuk memperolehi satu jumlah gaji. Jumlah gaji ini dipindahkan kepada matagaji baru yang sama atau matagaji yang lebih tinggi berhampiran di P1, Tangga yang sesuai dalam Gred Gaji MSS yang berkenaan pada 1 Januari 1992. Proses pemindahan gaji adalah seperti di Jadual 2-1.

JADUAL 2-1

CONTOH PEMINDAHAN GAJI BAGI PEGAWAI KERANI C11

Jawatan

Gaji
Pokok
Hakiki

Kadar
Kenaikan
(%)

Jumlah
Gaji

Matagaji
Baru

Pegawai
Kerani
(C 11)

$1,065

8%
($85.20)

$1,150.20

$1,156
(P1T23)
Gred N9

Pegawai Kerani tanggagaji C11 adalah tergolong dalam Klasifikasi Pentadbiran dan Sokongan di Gred N9 dalam MSS. Contohnya, gaji pokok hakiki anggota berkenaan ialah $1,065 sebulan. Gaji pokok hakiki ini hendaklah ditambah sebanyak 8% ($85.20) menjadikan jumlahnya $1,150.20. Dengan itu, gaji anggota berkenaan akan dipindahkan kepada Gred N9, P1T23, iaitu, $1,156.

34.    Bagi Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas prinsip pemindahan gaji daripada gaji pokok hakiki JKK 1976 kepada gaji SSB hendaklah berdasarkan pemindahan ke matagaji yang lebih tinggi berhampiran atas tanggagaji baru bagi gred berkenaan.

Sifir Pemindahan Gaji

35.    Indeks mengikut skim perkhidmatan dan sifir pemindahan gaji adalah seperti di Lampiran C1. Sifir pemindahan gaji bagi Jawatan-jawatan Utama adalah seperti di Lampiran C2 dan Gred Khas adalah seperti di Lampiran C3.

Perubahan Tarikh Pergerakan Gaji

36.    Kenaikan gaji tahunan diubah kepada pergerakan gaji yang ditetapkan pada salah satu daripada empat tarikh dalam setahun, iaitu, 1 Januari, 1 April, 1 Julai atau 1 Oktober.


mukasurat 5