Pengasingan Pengurusan Saraan Badan-badan Berkanun Tertentu

27.    Pengasingan pengurusan saraan Badan-badan Berkanun tertentu bertujuan untuk menjadikan agensi-agensi ini lebih bertanggungjawab (accountable) serta responsif kepada kehendak persekitaran dengan diberi kebebasan pengurusan yang diperlukan. Badan-badan Berkanun yang menjalankan fungsi-fungsi yang bercorak komersial dan pelaburan serta sudahpun mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh seperti Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Pertubuhan Keselamatan Sosial diasingkan pengurusan saraannya daripada sistem saraan sektor awam. Kerajaan akan mengkaji Badan-badan Berkanun yang boleh diberikan taraf pengasingan pengurusan saraan dari semasa ke semasa.

 

STRUKTUR SARAAN

Struktur Saraan Baru

28.    Struktur Saraan Baru mengandungi Gaji Pokok, Imbuhan Tetap dan Komponen Berubah. Gambar rajah Struktur Saraan Baru adalah seperti di bawah:

Gaji
Pokok
+
Imbuhan
Tetap
+
Komponen
Berubah
=
Jumlah
Tetap Tetap Tidak Tetap

 

29.   Huraian kepada komponen-komponen tersebut adalah seperti berikut:

29.1

Gaji Pokok adalah amaun yang ditetapkan bagi anggota sektor awam berasaskan konsep gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan asas, iaitu, makanan, pakaian dan perumahan;

29.2

Imbuhan Tetap meliputi Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Keraian, Imbuhan Tetap Jawatan Utama dan Gred Khas; dan

29.3

Komponen Berubah merupakan unsur baru yang menepati keperluan fleksibiliti dan galakan dalam SSB. Antara bayaran yang ditetapkan dalam komponen ini ialah Imbuhan Tahunan dan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. Imbuhan Tahunan adalah bayaran yang dibuat tertakluk kepada keadaan ekonomi negara dan kedudukan kewangan Kerajaan.

Jadual Gaji Matriks

30.   Jadual Gaji Matriks [Matrix Salary Schedule (MSS)] diwujudkan dalam SSB untuk keseluruhan perkhidmatan awam kecuali Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas yang menggunakan tanggagaji berbentuk selapis.

31.     Struktur gaji dalam MSS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

31.1

matagaji mengikut susunan Tangga (T) secara mendatar (horizontal);

31.2

setiap gred dalam MSS mengandungi figa Peringkat (P) matagaji yang disusun secara menegak; dan

31.3

matagaji yang disusun mengikut tiga Peringkat itu menetapkan kadar kenaikan yang berbeza, iaitu, kadar pada P3 adalah lebih finggi daripada P2 dan P2 pula adalah lebih tinggi daripada P1.


mukasurat 4