Pembentukan Semula Skim-skim Perkhidmatan
15. Senarai skim-skim perkhidmatan tetap mengikut Laporan JKK 1976 kecuali Perkhidmatan Angkatan Tentera, adalah dibentuk semula di bawah klasifikasi masing-masing seperti di Lampiran B2. Skim-skim perkhidmatan yang baru adalah seperti di Lampiran B3. Skim-skim perkhidmatan bagi Polis Di Raja Malaysia akan di keluarkan secara berasingan.
Format Iklan Bagi Lantikan Baru
16. Semua perlantikan ke dalam perkhidmatan awam mulai 1Januari 1992 hendaklah mengikut skim-skim perkhidmatan baru di bawah SSB. Format iklan hendaklah diasaskan kepada skim-skim perkhidmatan itu mengikut contoh seperti di Lampiran B4.
Perkhidmatan-perkhidmatan Kritikal
17. Beberapa perkhidmatan ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal berasaskan perkara-perkara berikut:
17.1 peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara;
17.2 persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih;
17.3 kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan tersebut; dan
17.4 keadaan persekitaran tempat kerja.
18. Berdasarkan kajian awal, Kerajaan telah menetapkan beberapa perkhidmatan sebagai Perkhidmatan Kritikal seperti senarai di Lampiran B5.
19. Bagi menarik calon dan mengekalkan anggota dalam perkhidmatan-perkhidmatan tersebut, suatu bayaran insentif disediakan. Kadar bagi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal adalah seperti ditetapkan di perenggan 52.2.
20. Kedudukan Perkhidmatan Kritikal akan ditentukan semula setiap lima tahun sekali.
Kedudukan Skim-skim Perkhidmatan Jumud
21. Skim-skim perkhidmatan yang jumud di bawah Laporan JKK 1976 akan terus jumud di bawah SSB. Senarainya adalah seperti di Lampiran B6.
22. Skim perkhidmatan yang jumud tersebut adalah juga diperuntukkan skim baru untuk menampung penyandang yang sedia ada. Skim-skim perkhidmatan baru bagi perkhidmatan yang jumud ini adalah seperti di Lampiran B7. Agensi diminta menyemak jika ada lagi perkhidmatan jumud yang tidak disenaraikan di Lampiran B6 dan mengemukakan maklumat mengenainya berasaskan format di Lampiran B8 ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
23. Skim-skim perkhidmatan yang dijumudkan di bawah SSB seperti disenaraikan di Lampiran B9 adalah juga diperuntukkan skim baru seperti di Lampiran B10 bagi menampung penyandang yang sedia ada. Pengambilan baru ke perkhidmatan-perkhidmatan ini dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang telah jumud sebelum ini tidak dibenarkan.
24. Perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke perkhidmatan yang lebih tinggi yang wujud sebelum pelaksanaan SSB, di mana sesuai, dikekalkan. Perbekalan KPSL yang dikekalkan dalam skim-skim berkaitan adalah seperti di Lampiran B11, B12 dan B13.
25. Peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan jumud akan dikekalkan.
Kedudukan Skim-skim Perkhidmatan Ad Hoc
26. Skim-skim perkhidmatan ad hoc dikekalkan dalam bentuk yang ada sehingga kajian lanjut dibuat atas perkhidmatan berkenaan. Ketua agensi diminta menyemak perkhidmatan ad hoc yang terdapat di agensi masing-masing dan mengemukakan maklumat mengenainya ke JPA mengikut format di Lampiran B14.
mukasurat 3