Kumpulan Perkhidmatan

8.     Di bawah struktur perkhidmatan sektor awam mengikut Laporan JKK 1976, kumpulan gaji dibahagikan kepada empat, iaitu, Kumpulan A, B, C dan D. Dalam SSB, struktur ini disusun semula kepada tiga kumpulan perkhidmatan, iaitu, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan. Kumpulan gaji mengikut Laporan JKK 1976 yang bersamaan dan yang diganti oleh tiga kumpulan baru ini adalah seperti di Jadual 1-1.

JADUAL 1-1

KUMPULAN PERKHIDMATAN

Kumpulan
Perkhidmatan Baru
Gred-gred Mengikut
Laporan JKK 1976


Kumpulan Pengurusan
Tertinggi

(a) Jawatan-jawatan Utama

(b) Jawatan-jawatan Gred Khas




Tingkatan Tertinggi 'C' dan ke atas

Kumpulan Pengurusan dan
Profesional

Semua gred di bawah Kumpulan Gaji A daripada Tingkatan Tertinggi 'D' dan ke bawah (kecuali A24 dan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang digolongkan dalam Kumpulan Sokongan)

Kumpulan Sokongan


Semua gred di bawah Kumpulan Gaji B, C dan D termasuk IMG.

9.     Tujuan memperkemaskan struktur perkhidmatan adalah untuk mengurangkan peringkat-peringkat hierarki yang kurang perlu serta mengatasi masalah-masalah organisasi berkaitan dengan pengagihan tugas serta penentuan gred jawatan.

Penentuan Jawatan-jawatan Utama Dan Gred Khas

10.     Penentuan Jawatan-jawatan Utama ialah untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti kepimpinan pengurusan dalam sektor awam. Jawatan-jawatan Gred Khas pula ditentu berdasarkan pengiktirafan tahap kepakaran dan pengalaman penyandangnya.

11.     Jawatan-jawatan Utama adalah jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi 'C' dan ke atas dalam struktur perkhidmatan mengikut Laporan JKK 1976 termasuk jawatan-jawatan setaraf dalam Perkhidmatan-perkhidmatan Tentera dan Polis yang menjalankan tugas pengurusan peringkat tertinggi dan penggubalan dasar negara.

12.   Jawatan-jawatan Gred Khas adalah jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi 'C' dan ke atas dalam struktur perkhidmatan mengikut Laporan JKK 1976 yang memerlukan kepakaran dan pengalaman tertentu tetapi tidak menjalankan tugas pengurusan peringkat tertinggi dan penggubalan dasar negara.

13.     Penentuan jawatan-jawatan Utama dan Gred Khas adalah diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi.

Klasifikasi Perkhidmatan

14.   Skim-skim perkhidmatan tetap dalam perkhidmatan awam adalah disusun semula kepada 19 Klasifikasi Perkhidmatan berasaskan persamaan peranan, bidang dan fungsi. Senarai Klasifikasi Perkhidmatan berkenaan adalah seperti di Lampiran B1.


mukasurat 2