4.      ELAUN GANGGUAN

4.1    Elaun Gangguan adalah dibayar di atas kadar sebulan gaji hakiki pegawai. Kadar yang dilayakinya akan ditentukan apabila pegawai berkenaan ditukarkan balik ke wilayah asalnya. Oleh itu, sebelum pegawai itu bertukar ia bolehlah, sekiranya perlu, dibayar Elaun Gangguan secara pendahuluan, sebanyak separuh daripada gaji yang diterimanya ketika itu. Baki bayaran Elaun Gangguan ini akan dibayar berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai itu sejurus sebelum ia bertukar semula ke wilayah asaInya. Bagi dua orang pegawai suami isteri yang bertukar ke wilayah yang sama, hanya seorang sahaja yang layak menuntut Elaun Gangguan, berasaskan kepada pegawai yang menerima gaji yang lebih tinggi.

5.      TARIKH KUATKUASA

5.1      Pekeliling ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Januari, 1988.

6.      AM

6.1     Ketua-ketua Jabatan adalah diminta menghubungi Jabatan ini sekiranya timbul sebarang keraguan dalam melaksanakan pekeliling ini.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

signature_alwi.jpg (5200 bytes)

(TAN SRI DATO' ALWI JANTAN) ,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia

Tarikh: 27 September, 1988.

 

Semua Ketua Setiausaha Kementerian.

Semua Ketua Jabatan Persekutuan.

Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.

s. k.:

Semua Ketua Pengurusan Badan-badan Berkanun.

Semua Ketua Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan.


mukasurat 2