
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 4 TAHUN 1988
ELAUN WILAYAH BAGI
PEGAWAI-PEGAWAI TEMPATAN YANG
BERTUGAS DI SABAH/SARAWAK DAN ELAUN GANGGUAN BAGI
PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH
1. PENDAHULUAN
1.1 Tujuan pekeliling ini ialah untuk menjelaskan mengenai pembayaran Elaun Wilayah kepada pegawai-pegawai Sabah dan Sarawak yang bertugas di negeri masing-masing dan juga mengenai pembayaran Elaun Gangguan bagi pegawai-pegawai yang bertukar wilayah.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Elaun-elaun dan kemudahan bagi pegawai-pegawai yang bertukar wilayah dan ditempatkan berkhidmat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah diseragarnkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987. Tetapi Pekeliling Perkhidmatan itu tidak menjelaskan kedudukan Elaun Wilayah bagi pegawai-pegawai Sabah/Sarawak yang berkhidmat di negeri masing-masing dan Elaun Gangguan bagi pegawai-pegawai yang bertukar wilayah.
2.2 Melalui Pekeliling Perkhidmatan ini adalah ditetapkan bahawa pembayaran Elaun Wilayah kepada pegawai-pegawai Sabah/Sarawak yang bertugas di negeri masing-masing dan juga Elaun Gangguan kepada pegawai yang bertukar wilayah adalah diteruskan seperti yang pernah diperuntukkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1980 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1980.
3. ELAUN WILAYAH
3.1 Elaun Wilayah adalah terus dibayar kepada pegawai-pegawai Sabah dan Sarawak yang bertugas di negeri masing-masing mengikut kadar-kadar seperti berikut:
Lingkungan Gaji |
Kadar Berdasarkan % Gaji Yang Diterima |
|
Di bawah $360 .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. |
25% | |
$360 - $549.. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. |
22½% | |
$550 - $959.. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. |
20% | |
$960 - $1,939.. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. |
17½% | |
$1,940 - $3,310.. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. |
15% | |
$3,460 dan ke atas.. .. .. .. .. .. .. .. .. |
12½% | |
mukasurat 1